Visitor

10.3.11

hebat bertiup kencang

keje dah siap.masa utk berblogging.yehaaa!!


time rehat tadi sempat balik umah.tujuan dan matlamat adalah nak tidor seround.ini kes rifdi menangis ngigau kol 3.25pagi tadi.dah la nangis,nak ngan aku pulak.abah dia nak pujuk,dia taknak sebab malam tu kena rotan ngan abah dia.so,perasaan takut tu masih ada lagi.cian budak itu..~dah tak pasal pasal aku kena temankan dia layan antz,a bug's life ngan ants bully.takdan abih citer ke-3,dia baru tido.jam dah 5.30pagi.elok plak haifa nangis mintak susu.layankan adik pulak,tengok dah jam 5.50pagi.tak tido dah,terus buat keje umah,siap siap dan pegi keje.


cut the crap.


berbalik kisah rehat.pas kuar awal dari opis,terus gi tapau makanan.sampai umah,terus bukak sliding door selapang lapangnya sebab tetiba rasa nak bagi ventilation yang bagus untuk ruang tamu.pastu,tak sadar diri,aku ngan encek ejang terbongkang tido tak hengat ape..


tettt.tettt.bunyi alarm henpon.ceh,tipu pulak.bunyi alarm adalah lagu fool's garden.aku bangun,nak siap siapkan makan tengahari.tak makan lagi,kena tido duluuu.


sekali aku ke dapur,tengok banner Asmaul Husna kat dinding dah tergantung senget tidak seimbang,tupperware aiskrim wall's favorite kami sekeluarga yang dah kosong tercampak jauhhhh..eh.angin kuat ke tadi?aku teragak nak lari ke depan.sekali tengok..ah sudahhh!!
BANJIRR dah dalam rumah aku!!
kasut keje aku ngan encek ejang pulak tadi langsung tak bawak masuk,abis dah bertakung air.
karpet alas kaki pun abis basah tanpa belas kasihan.
langsir sliding door lagi laaa.takdek perikehujanan dah.memang lencun betul.
dah satu keje pulak aku kena mengemop-mengelap air yang bertakung.dalam hati aku abis la tikar buluh hadiah kaksu ni,memang basah tahap maksima.


mengemas dengan kelajuan maksima sebab perut dah berlagu rentak system of a down.bukan lagu toxicity tapi terus ke lagu morphin.takdek reti nak slow dah.


dalam hati,lain kali kalau nak tidor tak payah nak 'ventilation' umah sangat lah.sekali hujan berserta angin kencang dah dapat keje matematik tambahan time rehat.dah aku masuk keje 3.30petang!


hebat!


notakukukaki :: sekarang pahang tengah hujan hebat.ada tempat dah banjir pun!


ingat nak ponteng kerja layan hujan camni je tadi.
tapi sebab bakal pekerja cemerlang,tak jadi terus niat tu.
dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...