Visitor

31.3.11

hari hari sebagai dd.hasnidar

*tajuk entry memang dasaaattt lah!


ada sorang opismate yang sedang preggie anak pertama tanya,
"kak dd.susah tak ada anak ni?"


err.gila complicated nak jawab.nak jawab camne ek?
"kalau pandai uruskan,insya Allah tak susah."


"cukup tidur tak?".tanya dia lagi.
"haha.since dah jadi suri rumah ni,memang tido tak pernah cukup wehh"


"sibuk tak??"
"hah.nak akak citerkan jadual keje?meh sini"


haha.nak tau citernya macam mana?meh sini aku kongsikan camne hebatnya life aku sekarang.biar aku kongsi pulak kat sini.yela,bak kata omputih, "sharing is caring"


pagi.dalam pukul 5.30 @ 6.00,biasanya haifa akan bangun mintak susu.dah kenyang dan dah tido semula,baru la aku gi membuang dan mandi.memang dah tebiat pepagi gitu.kata orang tua,petua taknak bagi perut buncit.tapi aku buncit jugak.ngahahaha!


pas siap solat Subuh,depends..ada masa terluang bleh la nak sapu sapu sampah ke,kemas umah sket ke,potong kuku ke.ha,elok dah pukul 7.00 aku start la bersiap siap nak gi keje.masa tu baru la kejut encek ejang.time tu la jugak baru aku pakai tudung,tenyeh bedak,eyeliner,lipstik,perfume apa sume.pastu tugas harian aku kena start keter,bukak pintu pagar,angkat beg rifdi & haifa,angkat rifdi dan baru la angkat haifa.encek ejang plak mudah aje.bangun-mandi-bersiap-masuk keta.


pukul 7.30 @ 8.00 (depends),baru la gerak.hantar budak budak ni ke rumah pengasuh (family angkat) yang jauhnya kira kira 4km dari rumah.apa nak buat.rumah mak angkat sejauh tu.hehe.pastu aku breakfast dulu ngan encek ejang.depends jugak.kalau ada meeting,terus jela ke opis.
duduk opis,buat keje cam biasa.time kena gi site kena la turun site.
kalau time siapkan payment or dokumentasi,hadaplah sampai sudah.
tapi kalau time takdek keje,camni lah.hadap la blog sesedap rasa.tapi agak agak la jugak ye. 
-_-"


tengahari,kalau tak balik umah,aku lunch jela ngan encek ejang kat kedai.pastu masuk keje balik.


petang 5.30 baru balik sebab working hour aku 8.30-5.30.pastu amik budak budak.amik plak bukan jenis amik terus bawak balik rumah.tapi duduk lepak dulu kat rumah pengasuh sebab kadang kadang budak ni ada yang tido la,ada yang baru mandi la (sebab baru bangun tido)..agak agak aku sampai rumah dalam pukul 6.30-7.00 jugak la biasanya.


sampai je rumah,letak haifa dalam baby cot.rifdi plak pasang la kartun favorite dia.pastu encek ejang la yang melayan budak budak ni.aku time tu la bergegas ke dapur nak basuh kain baju,angkat kain,memasak dan buat segala keje rumah.sambil sambil tu curik curik masa la solat Maghrib.dah siap memasak baru la dapat mandi dengan tenang dan baru la boleh makan.


siap makan,baru la aku spend time ngan anak anak.mana yang nak susu,aku buat susu.mana yang nak tido,aku tidokan.encek ejang pulak time tu dah hadap tv.biarkan la dia dengan dunia dia.lepas haifa tido,baru la aku bleh bangun sambung buat keje.rifdi aku tak kisah sangat sebab dia pandai berdikari sendiri.nak main ke,nak tengok kartun ke..kadang kadang tu tido pun sendiri je.janji apa yang dia nak,kita kena layan.lagipun kalau rifdi tak tido,dia la yang temankan aku iron baju untuk kerja esok.sebab mainan dia semua dalam bilik iron (bilik kedua).


siap iron baju,baru la pergi jemur kain pulak.siap jemur,baru la dapat tengok tv.tu pun sambil lipat kain.hehe :)


tapi tu la.masa buat keje umah tu,curik curik masa jugak la kena layan encek ejang.kot nak nak minum air ke,nak roti bakar ke.kang sian dia kesunyian.wife asek sibok buat keje je.kang kuar lepak kat kedai mamak pastu balik lewat mula la berkerut dahi masam muka je.heheh. -_-" sabar aje laa..


siap melipat tu,baru la aku packing baju budak budak ni untuk bawak ke rumah pengasuh esok.standby awal la.esok tak lah terhegeh hegeh nak carik baju,pijamas,barut,stokin ape sume.


bila dah siap,baru rasa lega.tengok jam,ehh.dah pukul 1 .00 @ 2.00 pagi.nak tido pun kena tengok jugak.boleh tido ke tak.kang encek ejang tak benarkan..tak bleh jugak.haha.*censored*


kadang tu,nak tido pun tak dapat nak lena.macam satu hari tu,rifdi boleh plak bangun pukul 4.30pagi.kejut suruh bukak kartun Wall-E.pastu kena temankan pulak.elok jam 6.30pagi,time haifa jaga nak susu,dia tido pulak.aku plak kena terus bangun dan kerja seperti biasa.ibu jugak tak cukup tido.


sekali tu pulak,rifdi bangun menangis mengamuk pukul 2.00pagi marah sebab gatal-pastu-kena-tolong-garu,pas dia tido haifa plak menangis nak susu.time mata aku nak terlelap menangis balik si abangnya,selang seli pulak ngan adik.terkorban lagi tido aku.


macam pagi tadi plak,haifa batuk batuk.dengan badan panas.nafas dia berbunyi kuat sangat.sampai aku pulak menangis dukung dia.siap ajak encek ejang pergi emergency lagi.tapi sebab dia dah tertido dalam pelukan,kesian pulak.bila nak letak dalam cot,dia nangis lagi.tak selesa agaknya.tapi nasib baik dia still nak minum susu.kalau rifdi,memang dia taknak dah susu langsung.


last last aku jugak yang tido 2 jam.pehh.


dan lepas tu,macam biasa la.rutin harian lagi.
bangun 5.30 @ 6.00,buat susu kat haifa..dan camtu la jadual harian aku,tiap tiap hari.tiap tiap masa.


dan bila aku citer macam tu,opismate tadi macam oh-wow-takut-pulak-saya.
tapi bagi aku,tu semua normal la bagi wanita wanita berkerjaya.penat,letih,hamun,jemu,bosan..aku rasa dah takdek dah dalam kamus hidup aku.kadang kadang,terbit jugak perasaan tu,tapi cepat cepat beristighfar.positifkan diri.motivatekan diri.ini adalah pilihan kita.jangan menyesal dengan keputusan kita sendiri.bersyukur lah,kita sebenarnya dapat rasa satu daripada nikmat yang Allah bagi.lagipun,cuba kita pikir pulak..bayangkan kalau kita surirumah sepenuh masa.lagi penat kau tau takkkk.


aku bleh rasa kepenatan tu time weekend.pehhh.


tapi aku tetap bersyukur.at least encek ejang banyak membantu meringankan beban aku walaupun korang tak nampak tang mana yang dia ringankan tu.hehe.ada time dia yang buatkan air & memasak untuk aku tau.woww..!


google


hey :: 

  • entry bukan nak takutkan korang korang yang masih belum kawen.hehe :)
  • hamikkk.dah panjang giler entry aku kali ni.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

3 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...