20.10.11

Nasihat Yang Susah Nak Aku Terima

aku bukan jenis orang yang suka dengar nasihat.series. *sambil buat muka series taknak senyum*

masa sekolah dulu,aktiviti paling aku tak suka adalah program motivasi.bagi la motivasi macam mana pun,aku tetap jadi macam aku sendiri.malas, moody dan ikut kepala sendiri.rasa nak study,aku study.rasa nak membungkang,aku bungkang je.tak payah banyak cerita.

masa sekolah dulu aku pernah attend satu program motivasi.tak silap masa tu aku nak ambik PMR.aku bayar tak sampai Rm100 untuk pergi motivasi dengan Dr. Shukri.pergi dengan kawan kawan.tapi hasil aku rasa aku tetap macam biasa.lebih seronok berkawan dan bermain dari motivasi diri.eh.ini bukan silap motivator tu okeh.ini adalah silap sendiri.jenis tak makan saman.

masa nak PMR jugak aku pergi tuisyen.biasa la beb,mesti lah dekat bandar.masa tu port plak depan Ocean (sekarang The Store) dan depan Kuantan Plaza (KP).heaven lah.masa tu aku,ray dan mie tengah ganas macam hape.kelas tak masuk pun,lepak kat Capcom (pusat game) KP je lebih.
satu hari tu cikgu call rumah aku tanya kenapa aku dah lama tak masuk kelas.kebetulan plak hari tu aku port sehabis baik kat Capcom.elok time balik dari KP,sekali..tadaa!amik.abah aku tunggu aku depan pusat tuisyen.abih kantoi!terus abah aku suruh berenti.belajar la kau sendiri kat rumah.padan muka.

oh tak.ingatkan dah serik.aku sambung balik main game setiap kali balik sekolah.tapi masuk situ takbleh pakai baju sekolah.sekali lagi kena tunggu time bawak baju PJ pulak.janji dapat main Road Runner, lumba motor dan Daytona sudah.macam takdek keje lain.sebab tu aku takdek pakwe.haha.*alasan tak munasabah langsung*

pada aku kalau tetibe aku nak sedar diri,nak berubah,aku akan berubah sekelip mata je.tak payah nak nasihat panjang panjang dan tak payah join mana mana program motivasi.semua tu atas diri kita sendiri.

hah.tengok.sudahnya panjang pulak intro pasal nasihat serta motivasi zaman sekolah.

sebenarnya aku cuma nak kongsi kisah hal nasihat dan motivasi yang aku terima di zaman tua ni plak.puihh.tua sangat la. -_-"

mari aku kongsikan beberapa nasihat dan motivasi yang aku terima tapi tak mampu diterima oleh aku.


Kisah 1
Aku kerap jugak la tuang keje sebelum ni.ada hari pagi masuk keje,ada masa petang je ada.ada masa hilang terus.tapi jarang la buat keje camtu.so,Kakak A jadi penasihat.

A : akak tau ejang tu jenis payah bangun pagi
Aku : hmm
A : kalau akak la,dah lama Abg A (suami dia) kena hamun.akak tak suka sebab dia akak lambat
Aku : hmm..

sebab aku tak bagi respon?sebab dia pun selalu lambat datang keje.setahu aku laki dia pun lambat bangun pagi!

Kisah 2
masa aku mula mula tau pregnantkan rifdi dulu,ada la akak akak yang prihatin kat opis ni datang nak nasihat dan bagi motivasi kat aku.antaranya,

jangan pakai tudung lilit lilit,nanti anak terbelit tali pusat.
jangan potong ikan,ayam dan daging masa mengandung.
jangan itu..jangan ini
-sekadar sebut beberapa perkara

terus terang,aku bukan nak menolak nasihat diorang ni.tapi tolong lah.fikir logik sikit.kalau tudung tak lilit,aku rasa rimas.kalau tak bleh potong ikan,ayam dan sebagainya tu camno aku nak masak?sudahnya aku tak peduli pun apa yang diorang cakap kat aku.aku lebih dengar cakap mak aku sebab pada aku pantang larang mak aku jauh lebih munasabah dari orang orang yang prihatin ni.

dan paling buat aku malas nak layan sebab tukang bagi petua dan pantang larang ni adalah orang yang tak bleh beranak! maaf cakap.bukan menghina tapi aku rasa ayat yang dia bagi aku ni tak kena la.sorry to say!
kalau tukang nasihat ada anak lebih dari 3,alhamdulillah..aku ikut dan dengar!

Kisah 3
Time dah ada anak,ada plak orang 'ajar' cara cara mendidik anak.dalam erti kata lain,ape yang kita buat kat anak semua salah.salah satu contoh terbaru aku,err.tak la baru sangat.ada la dalam sebulan lepas.masa kenduri kawen anak pekerja jkr,sorang akak yang kira rapat jugak la dengan aku,dukung haifa.dalam dok kata geram geram ke haifa,dok cium cium gomol gomol haifa,sekali dia tegur :

Kak B : ni apehal parut parut ni dee? sambil tunjuk tunjuk peha haifa yang gebus tu.
Aku : kesan nyamuk.
Kak B : ishh..kamu ni jangan memain.tak pasang ubat nyamuk ke?
Aku : pasang je.
Kak B : lain kali sembur dengan ridsect dulu sebelum bagi budak masuk dalam bilik.


aku dah rasa nak naik angin.encek ejang plak blah bawak rifdi gi tempat lain.start bosan.

Aku : haifa ni tidur dalam kelambu dah kak.agaknya time berbuai la tu. aku cover baik suara aku.
Kak B : takkan la tidur dalam kelambu pun kena gigit nyamuk!
Aku : laaa...dah nyamuk tu bukannya reti bahasa!
Kak B : ini mesti kena time kat rumah pengasuh yang jaga tu.eh,situ kan suspek denggi.ishh,jaga la anak elok elok dd.jangan memain!

lahh.aku dah malas nak bercakap.kang aku berbahasa memang tak reti nak tapis dah.takkan la aku sengaja biarkan anak aku kena gigit nyamuk.pastu nak salahkan pengasuh aku plak.grr..
bukannya aku nak deny apa dia kata,memang betul.tapi cara dia seolah olah aku ni macam pandang remeh je menjaga anak anak.hello!ini anak aku ye.aku tau la jaga anak aku.

Kisah 4
seorang sahabat datang rumah.masa tu rifdi masih kecik.tak silap tengah merangkak.tapi biasa la,kitakan dah ajar naik walker.

sahabat : eh.kenapa bagi rifdi naik walker?biarla dia belajar bangun sendiri dan berjalan sendiri.
aku : eh.ni mak aku yang suggest suruh naik walker.dah besarkan.lagipun badan dah keras
sahabat : mana boleh.budak budak ni kena ajarkan step by step.
aku : huh.

encek ejang pun dengar jugak.tunggu la kau ada anak esok.kata encek ejang.."biarlah,sahabat tu cikgu.dia lagi pandai dari kita."

kisah lama dah lepas.dia pun dah ada anak dan aku pun dah ada haifa.one fine day,kitorang pegi rumah dia dan kebetulan ada walker kat rumah dia.

aku : ada walker.(sambil pelik dalam hati).tumpangkan haifa pulak la.anak ko dah bleh berjalan?
sahabat : bagi la.eh,anak aku dah berjalan.dia tak merangkak pun
aku : eh..?kenapa?
sahabat : sebab naik walker la.dia terus berdiri dan berjalan.tak de merangkak merangkak ni.senang sket keje aku.

wakluuu.dulu kata biar budak belajar step by step!

Kisah 5
sahabat yang sama tadi.

sahabat : ko ajar anak ko tido buai ek?susah la..
aku : nak buat macam mana.dh dia susah nak tido kat rumah pengasuh,tu yang makcik letak dalam buai.baru la lama tidurnya.
sahabat : susah la nak travel.
aku : eh.senang je.kat rumah aku ngan rumah mak mertua aku pun takdek buai.tapi boleh jugak tidur.takdek hal la.
sahabat : aku malas ajar anak aku tidur buai.susahkan aku nanti nak pegi mana mana kena angkut buai.

lama tu.

aku : eh.anak ko tak tidur buai ke?senang tidur la ye? *pandai aku berbahasa*
sahabat : susah la dd!semua jenis nak tidur berdukung.kena pangku pangku ke hulu hilir sampai dia tido.
aku : dalam hati... (peh.nasihatkan kita kata susah nak gi travel.yang awak tu lagi menyusahkan diri sendiri!!!)

Kisah 6
dan semalam lagi satu kes nak nasihat tapi salah orang.dialog antara kakak tu dengan aku.

kakak tu : bersalin baru ni rasa macam best sangat sebab anak akak fully breastfeed (bf).nurse kat hospital bagi support setiap masa.
aku : biasa la kan,kat hospital memang diorang galakkan bf.okay la tu.
kakak tu : awak nanti bf baby tau.rugi kalau tak bf kan anak sendiri.
aku : insya Allah.haifa aritu tu pn alhamdulillah,nak jugak bf tapi tambah jugak susu formula.yela,dia ni kuat sungguh menyusu.
kakak tu : anak lelaki lagi kuat menyusu laa. (kebetulan dia baru dapat anak lelaki.before this dia pun dah ada anak lelaki sorang.maknanya,kedua dua anaknya adalah lelaki.)
aku : pengalaman saya setakat ni,perempuan ni la kuat menyusu.dengan kuat makannya.
kakak tu : takkk.anak lelaki lagi kuat menyusu.

la.aku rasa aku kata ini pengalaman aku.dahla nasihat kemain lagi.macam anak dia lagi ramai dari aku.

pehh.

Hah.tu la pasal aku ni jenis payah sangat nak dengar nasihat atau motivasi.bukan aku nak kata aku tak suka terima nasihat, ada hal betul, boleh terima dek akal, tukang menasihat plak seorang yang melalui pengalaman sendiri, nasihat yang kena pada tempatnya..aku terima.

macam tu jugak motivasi.tak payah la nak paksa aku ni supaya sedar, jangan buat itu ini, jadi orang macam ni macam ni, sebab aku rasa buat habis air liur je.

aku ni pun sebelum ni teruk jugak sangat rasa akhlaknya,tapi sebab dah semakin membesar,semakin melalui segala perit jerih,alhamdulillah aku berupaya jadi macam sekarang.bukan sebab orang lain tapi sebab atas kesedaran diri sendiri jugak.nasihat suami,kawan baik,mak abah tetapaku terima okay.

dan paling penting,aku cuba sangat nak amalkan ni..

"nasihatkan orang atas pengalaman sendiri.bukan sebab dengar cakap orang!"



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

  1. haha...macam2 ragam orang kan dd. sabar jelah sbb orang ni kadang-kadang dia x sedar kata-kata dia.

    ReplyDelete
  2. Hi dd,
    tension gak bila org keliling camtu.. haha! bagi aku ko kuatkan semangat je.. ramai org nak rasa bagus walaupun tak de la bagus benor sbnarnya.. kita sbgai mak tau yg kita dh buat terbaik dah.. mungkin hasilnya bukan sekarang.. :D

    Paling best bila orang yg tak layak masuk katagori tu plak nak bagi nasihat, maz pun kadang2 mau sehari gak coolkan jiwa bila menyirap ngan org cam gitu.. Kuatkan semangat, sama2 kita doakan agar kita tetap mampu bertahan bila dimotivasikan psl anak2 ni :D hehe! take care! xoxo

    ReplyDelete
  3. shida;

    yela shida.banyak sangat ragamnya.paling bosan bila ada yg tunjuk pandai tu laaaa..hehe

    ReplyDelete
  4. maz;

    yeah.terapi terbaik adalah sabar aje laaa...

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST