7.10.11

"susah tak jaga anak rapat rapat?"

aku ada terima soalan dari beberapa rakan yang berbaur lucah.eh.tak.bukan.soalannya berbaur seperti ini :

"susah tak jaga anak rapat rapat?"

aku kadang kadang macam mental kejap nak jawab apa.nanti kalau aku jawab 'tak susah',memang nampak sangat aku menipu.mana ada senangnya jaga anak rapat rapat ni.tapi kalau aku jawab 'susah',aku rasa takla susah mana.seronok dan satu pengalaman baru!

tapi jawapan paling jujur aku nak jawab adalah selagi ko tak rasa pengalaman tu ko takkan tahu!

bulan november tahun ni rifdi akan genap 3 tahun.haifa pulak genap 1 tahun.bayangkan,saat diorang nak membesar dengan lasak ni aku bleh plak pregnant.masa pregnantkan rifdi aku sangat lasak tanpa alahan.masa aku pregnantkan haifa aku alahan teruk,tapi takdek ape ape sangat sebab rifdi sangat baik.dia tak meragam mana.cuma dia sangat kuat bermanja.

tapi kali ni memang haaaa...semputtt!
sebab dua dua tengah lasak.rifdi biasa la,toddler yang suka buat perangai dan haifa plak,yes.dia memang lebih lasak dari rifdi masa baya dia.masa pregnantkan haifa dulu,kalau rifdi beriba atas peha aku,rifdi diam je.pergerakan lasak tapi boleh kawal.tapi masa pregnantkan baby sekarang ni,haifa memang langsung tak bleh duduk diam!kalau diam pun hanyalah time tido.haifa lagi berani beb.sekarang dia dah bleh berdiri lepas tangan atas katil aku.kalau dalam baby cot dia plak,dia berani gila hulur hulur tangan nak ambik itu ini.grrr..kadang kadang aku kalau nak terkencing nak terberak time encek ejang takdek,terpaksa letak dia dalam buai.peh.mencabar betul budak haifa ni!

tapi aku tak kisah.nak buat apa mengeluh?itu kan dugaan.bukan senang nak dapat rezeki macam ni.

lagipun kalau takdek budak budak ni aku rasa macam weird.series.pelik.sunyi.semua ada.kadang kadang tu,dua dua dah tido pun aku rasa nk gi kejutkan diorang pastu tolong la buat sepah ke,buat perangai ke.geram tahu bila duduk diam diam.tak paham betul. -_-"

pada aku,aku tak rasa susah mana la since ada anak rapat rapat ni.kalau kita tak cuba lalui sendiri pengalaman tu,kita takkan tahu.pastu sendiri imagine,macam mana mak mak kita zaman dulu yang anak anak ramai,tiap tiap tahun mesti ada kelahiran,pendapatan tak banyak mana..tapi tetap boleh survive dan kita dah berjaya macam sekarang!okay,walaupun ada yang tak berjaya mana tapi tengok lah diri sendiri,betapa cukup makan,cukup pakai,cukup kasih sayang yang diterima.kenapa kita tak motivate diri sendiri dengan kehebatan mak kita tu?

alahai.kalau asek pikir ekonomi tak cukup,susahnya anak lebih dari sorang,aku rasa hidup tu takkan berkembang.zuriat sampai bila bila tak bertambah!cuba la positifkan minda tu,kuatkan semangat,cekalkan hati dan jangan terlampau banyak memikir kesan kesan negatif.hidup ni memang penuh dengan cabaran.walau macam mana mengelak pun,hidup tetap banyak dugaannya.antara kita sanggup tempuhi atau tak je.

tengok.dah panjang pulak aku membebel. -_-" haha.

so the conclusion is, pada aku susah senang jaga anak anak yang lahir rapat rapat ni adalah atas diri kamu sendiri.it's up to you!kalau pandang secara negatif,memang rasa penat dan letih melayan karenah mereka yang baru nak membesar.

tapi kalau buat secara positif,fikir anak adalah amanah Allah yang tiada tanding nilainya,sampai bila bila kita ibubapa tiada masalah dalam mendidiknya.

sebab pada aku,aku suka plak tengok anak anak rapat kerana :

  • rasa kalau dapat deret 5-6 orang terus mesti boleh bersara awal.bleh jaga body baik baik selepas itu.hehe
  • perhubungan lebih erat sebab anak anak boleh main bersama sama tanpa gap umur yang jauh jaraknya
  • boleh berkongsi permainan,pakaian dan material lain
  • awet muda! ko tengok kak nani tu,anak 6 orang tapi dianya masya Allah masih cantik lagi!
  • sebab umur aku dah berapa.lagipun masa pregnant 2 kali dh diabetic.takut takut nanti kalau pregnant masa usia lebih dari 35 ke atas jadi berisiko pulak.

nakal kan?
tapi itu pendapat aku je la kan.taktau la kalau kalau korang tak setuju.
٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST