21.11.11

aku dan kulit

{ tajuk takde kena mengena dengan lagu Isi Atau Kulit (Search) }

aku memang mengalami masalah kulit dari zaman kanak kanak lagi.since kecik,aku dah biasa pergi klinik pakar dan jumpa dengan doktor pakar di HTAA.ingat lagi,nama doktor tu Doktor Haslina.eleh.sebab nama doktor tu sama nama kakak aku,sebab tu aku mampu ingat dengan baik.tu je.haha.tapi doktor tu memang baik.bercakap pun takde la nak tengking tengking ke hape.masa tu aku ingat,aku dalam darjah 3.aku selalu dapat pelepasan dari doktor untuk tak hadir ke sekolah sebab ada appoinment doktor.masa tu paling aku kerap alami masalah adalah pada tangan.masa tu kat tangan aku penuh dengan gatal gatal yang ada letup letup berair tu.haihh.kalau diingatkan memang rasa agak annoying jugak la kan.tapi nak buat camne,aku dapat sakit camtu.nak kata aku main kotor,memang tak lah sebab bak kata mak aku,aku laaaaa anak yang paling pembersih sekali.mana nak main kotor kotor,main pasir,lecak lecak ni..huish.

sampai ke besar,kalau gatal gatal ke alahan ke..memang pada aku menda tu elehh..takde menda la.sapu je Econozine,hilang dan lenyap la segala gatal tu.tapi part paling pelik,aku allergic dengan habuk simen.hah.dahtu aku ni sesuai keje menda agaknya?dah terang terang aku ni perempuan teknikal civil engineering.haihh.

okeh.intro panjang macam nak buat karangan BM upsr.

untuk badan

disebabkan aku masih mengalami masalah kulit sampai ke tua dewasa,maka aku pun mencarik la produk produk yang efektif untuk kulit.memula aku try krim serta lotion.aku dah guna pelbagai jenis krim dan lotion untuk me-mosturize-kan kulit,tapi semua gagal menjalankan tugas dengan baik.

sekarang ni pulak,aku mengalami allergic masa pregnant,habis kulit aku jadi kering kontang macam padang pasir.habis jugak kulit jadi gatal,merah dan berkuping kuping kat tangan.malu jugak rasa bila ada yang tegur tapi nak buat camne.takkan aku nak keluar rumah pakai sarung tangan?.hoh.buang tebiat apa dd ni?

dan akhirnya,to be frankly,aku dah selamat order Virgin Coconut Oil (VCO) keluaran Catalyst dengan SheilaAmir House.itupun sebab aku dapat tau VCO ni sesuai  untuk orang yang ada masalah kulit dan lagi plak produk ni sesuai untuk preggie mom.dan untuk menunjukkan betapa jujurnya diri ini,aku dah mulakan memakan 2 bijik softgel since last 2 weeks.
nak kata perubahan,so far untuk kulit aku tak rasa apa apa pun lagi.semacam lagi gatal pada setiap pelipat dan tangan.tapi kalau bab makan,aku rasa aku dah tak kerap lapar.rasa kenyang je.series!bila aku mentioned pada Sheila tokey VCO tu,memang ada comment dari pelanggan lain yang bagitau memang produk ni bagus untuk dieting.maka,sesapa yang teringin nak berdiet bleh la try produk ni okeh.

ewah.tetibe jadi promoter plak kat sini ye.

cilok dari SheilaAmir House.
nak baca kebaikan VCO boleh klik je kat sini (KEBAIKAN VCO)

kalau bab hilangkan stretch mark plak,aku rasa aku penah mentioned dalam ENTRY INI dan INI.aku pengguna Palmer's okehh!ada sahabat baru ni tanya camne nak hilangkan stretch mark kat perut after delivered.dia kata dia dah try berbotol-botol Bio Oil tapi takde hasil.so,aku pun suggested la pakai cocoa butter tu.so far,dia takde lagi bagi respon apa apa.aku andaikan,dah menjadi la tu!..hehe.

untuk muka

yang ni bab kelakar.muka tak siap camni pun sibuk nak tayang produk yang digunakan lagi.peh.tapi sebab memang saje takdek keje,jadi aku turut nak berterus terang okay.

asalnya,aku ni bukan jenis perempuan yang tepek bedak di muka.dulu di kala zaman jahiliah,kalau nak gi sekolah,nak pergi merewang kat bandar,i takde istilah ber-mekap mekap ni.paling hensem pun aku tepek bedak bayi je.tu pun sebab nak harum muka bak bunga mekar di taman.ceh.mana macho orang macam aku ni pakai mekap.

tapi bila dah masuk poli,dah jadi student,dah kena praktikal kat tempat panas,maka aku terpaksa berjimak berjinak dengan produk muka bagi mengekalkan kelembapan beliau. -_-"

produk pertama aku pakai Eversoft.full set siap ada cleanser,toner,mosturizer dan err..ape ye?haha.tak ingat tapi memang tak best lah.rasa macam sama je muka ni.macam kertas pasir.

lama lama,bila dah makin kerap keluar masuk Watson aku try plak Nivea.yang ni memang bleh tahan.memang aku kekal pakai sampai sekarang.memang best la.kalau rasa korang tengok muka aku cun serta bersih serta cantik,maybe kesan pakai produk Nivea la tu.tapi aku cuma pakai cleanser dan mosturizer cream je.cream tu pun semata-mata pakai sebab jadi alas bedak.tu pun jugak aku pakai sebab dah kerja tempat ber-aircond.kulit muka jadi kering sekering-keringnya.brrr..

dari deodorant sampai ke cleanser sampai ke mosturizer,semua nak nivea.

lepas tu,bila dah umur meningkat kepada 29 ni,tetibe terbuka hati nak tukar produk.sekarang ni aku sedang dalam proses menggunakan Olay Total Effects.sebab aku tukar adalah kerana nak masuk 3 series dah ni.kena la carik produk yang insya Allah mampu menegangkan kulit muka.tak payah la tegang sangat macam kak Nita,cukup la yang seadanya.setakat ni aku dah 4-5 kali ganti cleanser dah.cream plak baru sedang cuba yang paket kecik.nak tengok le dulu,sesuai dengan muka ke tak.tapi so far aku pakai ni alhamdulillah la.masih anjal lagi kulit.hehe :)


maka,hasil penggunaan segala produk di atas setakat ini adalah ini :


bersih seperti di bayi.hehe :)


#okay.tetibe rasa macam nak muntah baca entry hari ni sendiri. 


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

  1. Bersihnya muka awak! ^____^

    Syukur Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  2. ahah.tq..
    Alhamdulillah.walaupn sebenarnya wujud jeragat kt pipi.haha

    ReplyDelete
  3. Jeragat tu kah macam ala ala mat salleh gitewwww!

    Daripada jerawat! yucks! HAHA!

    ReplyDelete
  4. haha.masa kecik dulu bleh la kata macam mat salleh.dah besar ni rasa macam sampah je kat muka.

    tp bersyukur la kulit macam ni yek.alhamdulillah.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST