24.11.11

Tips Berpakaian Bagi Ibu Mengandung

ewah.entry kali ni macam la gua ni fashionista sangat.macam la pakai awesome giler padahal selebet jugak.piap.piap.eh.kenapa ada sound effect macam tu?

orite.sebenarnya nawaitu cuma nak share sebab ramai sahabat yang mintak pendapat camne nak sesuaikan baju dan pakai time preggie serta kat mana nak carik baju preggie macam yang aku pakai.lagi pulak pagi tadi encek ejang cerita ada sahabat tanya,'orang rumah aku tanya incas dd (baca : incharge dd -panggilan untuk aku) tu beli baju dengan seluar mengandung kat mana?semua dia pakai nampak cantik'.

owhh.segannya bila ada orang tegur camtu kan? rasa owhh..saya terharu.bila boleh saya belanja minum petang? -_-".

ops.banyak pulak mengarutnya.bila nak sharenya ni?mari kita mulakan share ya kawan kawan :

1)  beli baju oversized.tapi jangan beli yang bakal menampakkan korang gemuk tapi beli baju yang still ada cutting.elakkan beli baju berbelang,nanti mula orang kata korang gemuk padahal bukan gemuk tapi berisi!paling penting,beli baju yang boleh selesakan korang semua.Tips penting : beli baju yang boleh dipakai ketika kurus juga.sekarangkan trend baju oversized pakai dengan belt.tak rugi kan?

2) beli maxi / dress yang betul-betul ngam atau yang labuh.kalau boleh,time beli tu ukur betul-betul ketinggian korang serta kalau boleh try dulu sebab nak elakkan baju yang korang pakai tu akan jadi singkat dan senteng.err..please la.aku paling tak suka tengok preggie mom yang bertudung pakai maxi / dress senteng.alahaii..nampak macam selekeh gile nak nak kalau preggie mom tu bekerja.fuh,memang takde personaliti menarik.

3)  kalau dah terbeli maxi / dress senteng tu,jangan la taknak pakai pulak.kan dah membazir.apa kata untuk cover balik,korang gayakan maxi / dress tu bersama legging.automatik korang akan nampak lebih stylo dan paling penting,cover balik keting dan betis korang yang dah terdedah tu.haha.ops,jangan pulak pakai legging dengan blouse yang separas peha dan lutut tu.sangat tak cantik okay!

4)  tempah baju ketika preggie.tak kira la nak buat baju kurung ke,baju kebaya ke asalkan baju tu hanya dipakai ketika preggie sebab dah tentu saiz dia lebih besar dari biasa!kalau nak kreatif,tempah maternity dress dan design ikut selera dan selesa korang semua.

5)  perlu bijak mix & match.contoh : beli aje sleeveless yang labuh dan besar banyak-banyak dan beli cardigan yang murah-murah banyak-banyak jugak.nanti sleeveless tu boleh dipakai dengan cardigan.gayakan pulak dengan seluar atau skirt.hah.kan dah banyak dan macam macam gaya kat situ.

6)  gayakan tudung yang sesuai.tak kira la korang pakai shawl ke,pashmina ke,syria ke,instant ke,paling penting pakai tudung yang sesuai dan sepadan.jangan la pakai tudung sesedap rasa je.ni tak,kadang aku tengok gaya preggie mom time check-up kt klinik,aduyaii..rasa macam akak ni keje opis *tutttt* tapi apesal time preggie nampak macam bibik plak?

7)  make-up dan berhias.yes,aku pun bukan la kaki mekap ke ape.tapi at least,jangan biarkan muka plain tanpa mekap.ini tak,mentang mentang la preggie mom,jadi mari kita biarkan muka pucat.haihh!elok elok baru 5 bulan pregnant,dah orang ingatkan kau dah tunggu masa nak bersalin.

8)  pakai kasut / selipar yang sesuai.jangan nak main sarung selipar ikut suka hati korang je.kalau macam aku,aku memang tak suka pakai selipar kalau pergi kerja.walaupun pregnant,aku lebih suka sarung flat.sebab pada aku,jangan ambil mudah bab kasut / selipar ni.kasut pun mainkan peranan penting!

9) pakai perhiasan yang sesuai.ini kalau korang jenis suka berhias la.tak kisah la perhiasan macam mana.ada orang suka pakai brooch janggut yang labuh labuh tu kat tudung.yang ni aku rasa tak sesuai la bagi ibu mengandung.rasa semak je.kalau orang macam aku plak,aku suka berhias dengan gelang gelang.bukan gelang emas yep (aku tak suka barang emas),tapi gelang yang kalau pakai nampak sikit cantik dan berhias lengan ni.tu je.

10) untuk dapatkan baju baju cantik dan menarik,korang boleh je survey kat mana mana kedai.tak payah pergi kedai mahal pun takpe,kalau nampak baju berkenan dan sesuai,korang beli je dan bleh mix & match macam yang aku bagitau tadi.macam aku,aku selesa dengan baju dari Scarlet,iaitu kat Jusco.seluar kat situ semua cantik cantik.cutting pun sesuai dengan diri sendiri.masa pregnantkan rifdi aku beli kat Jusco IOI Puchong.masa haifa pulak aku borong kat Jusco One Utama.oih,rupanya kat situ lagi banyak choice.

oh ye.kalau tak larat nak berjalan bershopping wahai mak buyong sekalian,korang boleh juga try beli online kat sini :


dan banyak lagi la.try la google.kalau kena gaya yang korang suka,apa salahnya mencuba.alah,bukan untuk orang lain.untuk korang jugak kan?

time pregnantkan rifdi (26 weeks).haha.
selekeh gile time ni.

dress from Scarlet,
Jusco One Utama

okay.itu je yang aku nak share.sape yang rasa aku takla pakai cun mana tu,tak payah baca pun takpe.
saya tak kisahhh..


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

  1. preggy mom...nnt jgn lupa visit kami yer..http://mysweethearteshop.blogspot.com/

    hehe.. tumpang promote... ade e-shop xbgtau aku, tp aku masukkan dlm sidebar blogshop aku hehe...

    ReplyDelete
  2. dah kerap memvisit hehe..bereh la tu.aku pn akan linked blogshop kamu.

    ReplyDelete
  3. Auw suka tips-tips ini! Betul tu, tanpa dressup yang betul-betul cantik, memang akan nampak selekeh gila, kan?

    Let us be hot pregnant ladies! Cewah. Hehe.

    ReplyDelete
  4. wah.suka ye?haha.
    mommy to be perlu hot!..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST