30.11.11

Muhammad Nizar Bin Jaafar

16 November 2000.

perginya abelong (short form dari Abang Long) aku buat selama-lamanya dari dunia ni.Allah memanggilnya ketika dia berumur 28 tahun!masih muda dan masih bujang.Allah menarik ajal hambaNya tak kira waktu,tak kira usia dan tak kira ketika sedang sihat atau ketika sedang bergembira.tak.Allah kan Maha Penyayang.

arwah meninggalkan kami sekeluarga kerana sakit pneumonia.dia meninggal di ICU HTAA Kuantan,elok ketika maghrib.masa tu kami sekeluarga masih di ICU melawat dia.entah camne pulak time tu kelam kabut aku lari ke toilet sebab tetibe je sakit perut.tak kena masa betul.sebab masa aku keluar dari toilet,aku tengok kakak aku dah menangis.aku masa tu dah cuak sangat dan bila aku dikhabarkan arwah dah menghembuskan nafas terakhir,aku rasa hati aku dah terbang jauh,tinggi,sayup ke angkasa..aku taktau nak khabarkan macam mana perasaan aku waktu tu.Allah..hanya Dia yang tahu semua tu.

sampaikan saat arwah siap dikafankan,aku tak sanggup nak cium dahi arwah.aku cuma mampu tengok je.bersih sangat muka dia masa tu.Allah Maha Besar.

arwah sangat nakal dari kecik.itu mak yang kata.kalau tak bergaduh sehari dengan abangah (baca : abang ngah) dan kakak aku memang tak sah!..tapi berbeza dengan aku.arwah tak pernah marah aku.tak pernah pun bergaduh dengan aku.kalau bab belajar,arwah la yang banyak support.bagi aku arwah sangat penyayang dan caring.dia baik sangat.cerdik dan paling best,dia la paling terer English dalam family aku.mungkin sebab dia dari sekolah rendah sampai sekolah menengah kat tengah bandar Kuantan kot.

ingat lagi,masa UPSR aku dapat result 3A 1B je.tapi dia siap bagi aku present bekas pensil warna biru dan merah,berbulu-bulu macam karpet.dalam tu dia letak buku nota dan sebatang pen.PMR aku dapat 3A 5B je,tapi dia ucap tahniah macam aku dapat 8A!..masa aku skolah teknik kat muadzam shah,dia pernah ikut mak aku sebab nak datang tengok aku kat sekolah!..ya Allah.*saat aku ceritakan ni,aku betul betul terasa sebak*

arwah meninggal masa aku first sem di polisas.masa dia sakit,dia pesan kat mak aku,duit yang dia ada tinggalkan tu sedekahkan la kat surau dan bagi pada adik adik untuk belajar.duit yang dia bagi tu aku beli handphone.series,sampai sekarang telefon tu aku simpan.aku tak buang pun walaupun dah rosak.ada lagi.
duit untuk surau tu mak buat beli kipas dan pasangkan di surau.mak kata biar nampak jasa arwah abelong kat situ.

bagi aku arwah adalah anak yang baik.senakal-nakal dia,kalau dia buat salah dengan mak,dia cepat cepat mintak ampun dengan mak.berbeza sangat dengan anak-anak yang lain.kalau dengan saudara mara pun macam tu,dia la yang paling rapat dengan sepupu sepapat.kalau bab kekeluargaan,memang dia la yang terbaik.

****

tiba tiba pagi ni aku jadi emo pulak.sebab aku teringatkan arwah.sedang mesej mak bagitau aku teringatkan arwah,tetibe dalam radio terpasang lagu Rozana by Search.*arwah memang bigfan Search dan rock seangkatan*.aduh.nasib baik cepat sampai kat kedai makan.kalau aku sensorang mau meleleh air mata,air hidung dan air muka.

dah.cukuplah aku tinggalkan sedikit momento aku bersama arwah di sini.insya Allah,sebolehnya aku akan cuba untuk sedekahkan surah Yasin pada dia.aku akan kenang abelong sampai bila bila.Semoga abelong di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana kelak.Amin.


Muhammad Nizar Bin Jaafar (Ja)
24/04/1972 - 16/11/2000
Al-Fatihah


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. Alfatihah untuk arwah.

    Ko penah cite kat aku pasal arwah abang ko ni,..moga rohnya tenang kat sana....

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST