3.11.11

hari yang menguji kesabaran


yey.akhirnya dah petang time punch card baru berjaya sampai opis.bahagia betul berada di klinik ibu sepanjang hari.dahla kena puasa makan dari jam 10 malam tadi semata mata nak buat moggt iaitu mari minum air gula.then buat monthly check up,check baby blablabla..akhirnya jam 12 tghari baru dapat jumpa doktor.kejamnya.perut aku ni dah la stock naga buas.memang rasa nak pecahkan tingkap klinik je tadi.takpun bangun pergi hempas hempas kerusi pada tv.tapi takbleh plak sebab perut lapar.jadi gigihkan ajela duduk tercongok menunggu turn yang tak sampai sampai.

akhirnya,elok time lunch aku siap jumpa doktor.

tunggu encek ejang pulak.haihh.katanya tengah sibuk settlekan kes pajero jabatan accident.baru je pulak tu.maka dengan kuasa sakti yang ada,aku gigihkan jugak berjalan pergi kedai makan yang kira kira berjarak 100 meter di hadapan.sampai kat port lauk,rasa nak tunggang semua makanan ke dalam mulut bagi lega perut ni.tapi sabar.pakai shawl pink comel comel cam hari ni kena buat muka innocent.muka paling suci.sabar.

sebab tokey kedai tu kamceng ngan gua,terus cedok nasik pilih lauk paling berkenan di hati.pais talapia!

dan terus ke meja makan.makan sorang sorang layan perasaan.peh.siap mintak nasik tambah satu!

dan terus perut lega.setelah berdurasi hampir sejam 45 minit,baru la encek ejang tiba.tunggu dia makan pulak.pastu terus balik rumah.rasa macam nak nangis.semalam kata hari ni nak bawak beli beg!!! jerit aku sambil hentak hentak kaki.sebab nampak sangat menipunya aku nak buat camtu kat laki aku,maka lepas solat terus tido kesedihan.sampai tak sedar dah jam 3 ptg!

"sayang.kata nak beli beg.jom la!'..

terus melompat bangun dari tidur!wah.teruja dengar laki kejut tido cakap camtu.terus siap siap,tapi bila dah sampai kedai tengok parking full.terus encek ejang pujuk hati sambil kata balik keje kang kita singgah lagi!

aduh.
sabarrrrrr aje laaaa...

ini bukan comel.ini slebet.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST