29.11.11

anak November!

alhamdulillah,semalam 28hb november,rifdi pulak dah masuk umur 3 tahun.selamat hari lahir rifdi!

Malam 1 Muharram 1433H, aku ada buat makan makan di rumah mak.sebab anak anak kena berpantang   telur dan ayam,maka aku mintak jasa baik mak untuk sediakan pulut kuning ganti kek.hebat tak idea tu?cewah.

sebab mak dah buatkan pulut kuning,maka aku cuma sediakan sambal bilis sebagai bahan penambah rasa.menu lain hanya kuih muih macam karipap (segera), apam (segera), serta buah-buahan seperti limau sunquist dan buah tembikai.aku cuma jemput family dekat je.tu pun yang ada cuma mak abah aku,mak-ayah-adik encek ejang & hilman ngan dhiya je sebab orang lain semua takde kat kuantan.

sebab masing masing sibuk,maka kamera langsung tak sempat angkut keluar.jadi,imagine aje la situasi dan menunya ye.hehe.

esoknya,aku dan encek ejang bawak pulak budak budak ni tengok movie, Puss In Boots!aku preview filem ni untuk next entry.bleh giteww?..


pehh.saje aku tepek gambar besar gedabak begini.

tapi sebelum tu kena layan karaoke dulu.tapi kali ni haifa tak tahan.series,karaoke kuantan parade tak best!
selesai je,layan movie,terus mintak encek ejang pegi McDonalds TC.heh.apa lagi,Happy Meal la sebab ibu dia yang nakkan ini!


meow.meow.

-
-
-
-

sebagai penutup entry kali ni *cewah.macam penutup karangan pulak dah*, sekali lagi aku ngada ngada nak wish sekali lagi birthday untuk anak anak iaitu :


Norhaflan Rifdi
28-11-2011 (3 y/o)


Norhaifa Rafissa
11-11-2011 (1 y/o)

# semoga jadi anak yang beriman dan beramal soleh dan solehah
# semoga jadi anak yang mendengar kata dan tahu hormat orang lain
# semoga dikurniakan kesihatan yang baik
# semoga diberikan akal fikiran yang bijak
# semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam hidup

-doa seorang ibu-
Amin.

*ohye.merujuk pada entry lepas (klik sini kalau terlupa atau memang tak tau), baru ni balik kuantan kami dah bawak rifdi ke klinik.kata doktor rifdi cuma kena kudis api yang katanya disebabkan kuman.mungkin sebab main kucing atau main pasir.mana datang rifdi  main pasir?heh.dan lepas bagi antibiotik dan econozine,alhamdulillah.kudis2 tu semua dah kering sangat sangat.tinggal nak baik je.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. 1 - Hepi Birthday Rifdi!
    2 - Comey Haifa
    3 - Jeles Rifdi & Haifa dah tengok Puss In Boots nih...
    4 - Alhamdulillah,...semoga Rifdi kembali hensem dan cute seperti biasa....
    5 - Saje nak cukupkan 5...haha

    ReplyDelete
  2. 1 - tg auntie!
    2 - comey.dh beso ni lagi comey.
    3 - heh.sila jeles.haha.
    4 - insya Allah.
    5 - cukup la tu.kalau 10 tak larat aku nak layan.hahahah!

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST