Visitor

21.1.11

surat layang

ingat lagi masa form 3 dulu.tiap kali cikgu bm merangkap guru penyelia petang masuk je,mesti aku saspen.bukan saspen time dia mengajar,tapi time dia nak keluar kelas.sebab kadang kadang,bila kami dah ucap 

"terima kasih cikgu",

mesti dia akan panggil "hasnidar,masuk bilik saya".

pastu mesti jantung aku berdebar sehabis laju.dalam perjalanan mengekor bontot cikgu tu ke bilik dia tu plak mulut aku dah terkumat kamit baca zikir munajat dan segala doa yang aku ingat.doa penerang hati,ayat kursi..pehh.pehh..dalam kepala plak beratus persoalan wujud.aku buat apa tadi.silap ape plak kali ni.sape plak repot.


"saya dengar awak mencarut plak kali ni."

aku pandang cikgu.kosong.

"awak carutkan pengawas kelas awak sendiri"


*senyap*



"awak mengaku awak salah?"

"mengaku cikgu!"

"awak perlu minta maaf dengan dia"

"kenapa?"

cikgu dah angkat rotan.ini la yang aku tak suka.keadilan.

patutnya ciktu tu tanya kenapa aku carutkan pempuan tu.dah la tergedik gedik malukan aku.kuat mereport pulak tu.dasar ... ciss.


"prapppp..."

pedih siot.aku redha.

takpe.aku mintak maaf secara tak ikhlas dengan dia depan mata cikgu.


-------------------------------------

hari tu kelas bm lagi.kali ni lagi best.

"hasnidar,rohida,jamiatul,afzan..masuk bilik saya".

hamik kau!satu geng aku kena panggil.


dalam bilik cikgu tu dah ada sorang lagi sahabat sedang berdiri menunggu.juga sorang prefect skolah.


"kamu tau kamu buat kesilapan apa?"

kitorang diam.
cikgu tu keluarkan satu kertas yang aku tak kenal tapi geng geng aku kenal.
SURAT LAYANG!


time tu,kitorang semua kena rotan sedas sorang.
keluar dari bilik cikgu tu,baru aku tau,geng2 aku ni siap buat surat layang pada prefect yang carik pasal dengan aku tu.hahaha!!


korang memang baik.aku tetap kenang jasa korang tu.
muahahaha.




psstt... :: jangan amalkan keje gini ye.buruk padahnya.

gambar hiasan yg takdek kena mengena.
sumber dari sini
dush!

5 comments:

  1. aduyaii..xpsl2 kene. ada je org2 yg dengki kan.. xsuke pmpuan gedik.hehe

    ReplyDelete
  2. muahaha.prefect gedix tu mmg musuh utama kat skolah dulu.
    skrg tak dah jadi musuh kott tapi kalau lepak ngan member2 lama memang dia akan ttp jadi topik hot!

    haha

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. hahahahhaa...aku suker n3 ko nih babe... teringat kenangan lamer...kikiki

    ReplyDelete
  5. hahahaha..sampai bila2 aku kenang :)

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...