Visitor

9.4.12

ABPBH 2012 : gwa pun nak review jugak.

bangun pagi dalam kepala ingat nak update pasal ABPBH 2012.bleh tak?


malam tadi,aku rasa ramai yang hadap channel #tv3 semata-mata nak tengok ABPBH ye tak?yela,selain dapat tengok sape yang paling popular,korang dapat cuci mata tengok artis-artis wanita yang pakai baju tak berapa nak cukup kain.kalau yang cukup kain pulak dah tentu labuh meleret-leret sampai rasa boleh main tarik upih.takpun tengok masing-masing pakai baju sendat dan padat.yang pelik artis lelaki takde plak yang nak pakai seluar labuh-labuh,baju tayang dada.eh.pelik pulak kalau diorang buat macam tu.

ewah.aku komen macam tengok je kan?sebenarnya,aku tengok setengah jam terawal je di mana masa mula-mula Stacy perform lagu Thriller sambil diiringi 'Michael Jackson Asia'.eh.meremang bulu roma aku time tu sebab rasa real je MJ tengah berjoget-joget kat situ.lepas tu Alyah pulak perform.kali ni bulu roma aku lebih tinggi tegaknya dari tadi.kali ni ada Maria Farida berjoget-joget dengan pakaian yang fuhh..mengancam mata i anak-beranak.nasib baik sekejap.lepas tu tengok kak Siti pulak berjoget-joget.baru tenang bulu roma aku ni sebab dah rasa tak seram mana.

berlalu la pulak sesi intro memperkenalkan hos-hosnya.
bila dengar ada 4 hos,terus aku bagitau encek ejang,nak alih channel lain alihlah.menyampah pulak tengok diorang buat kecoh entah menda-menda macam tu.tak terhibur langsung okay!aku rasa kalau stakat zizan dan sheera cukup la.yang lain tu buat kepoh macam tu.sangat annoying rasa.

aku sekadar tengok award pertama disampaikan je sebab rasa annoyed tadi bertambah-tambah bila tengok Shila Amzah keluar dengan dress yang super sendat dan buat diri sendiri susah nak melangkah.kan lebih sempoi kalau memasing pakai macam Fazura.pakai seluar je.err..itu pun opismet aku yang cakap sebab aku terus tak tengok lepas tu.muahaha.

lepas tu memang aku tak tengok dah.baik aku tengok Wild Wild West kat #tv2.yang aku tengok pun yang diorang perform time last tu.amy search tetap yang terbaekkk.



so,keputusan aku copy dari sini.


Senarai Anugerah pada malam ABPBH 25 – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.
  • Anugerah Penyanyi Lelaki Popular – Pemenang Hafiz
  • Anugerah Penyanyi Wanita Popular – Pemenang Yuna
  • Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Popular – Pemenang 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
  • Anugerah Artis Baru Lelaki Popular – Pemenang Johan As’ari
  • Anugerah Artis Baru Wanita Popular – Pemenang Tasha Shila
  • Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular – Pemenang Aaron Aziz
  • Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular – Pemenang Maya Karin
  • Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular – Pemenang Fizz Fairuz
  • Anugerah Pelakon TV Wanita Popular – Pemenang Fasha Sandha
  • Anugerah Artis Komedi Lelaki Popular – Pemenang Johan Raja Lawak
  • Anugerah Artis Komedi Wanita Popular – Pemenang Didie Alias
  • Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular - Pemenang Zizan Raja Lawak
  • Anugerah Pengacara TV Wanita Popular - Pemenang Fara Fauzana
  • Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular – Pemenang Faizal Hot FM
  • Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular - Pemenang Fara Fauzana
  • Anugerah Anugerah Seri Perak Popular – Pemenang Dato’ Siti Nurhaliza
  • Anugerah Khas Sepanjang Hayat – Datuk Sheila MajidArtis Paling Popular Berita Harian – Pemenang Aaron Aziz dengan 87,669 undian

ohye.fesyen artis pun korang boleh tengok kat sini :

>>Fesyen Artis di Anugerah Berita Harian 2012<<

ewah.kemain lagi aku.dah macam wartawan hiburan pulak dah.

komen pasal ABPBH 2012 : BORING!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

  1. Macam blog abang nara...haha eh, Tasya Shila tu sape dia? apsal dia menang, walhal aku tak kenal pun dia. Fofular kah begitu?

    ReplyDelete
  2. ni kakak nari yaww ;)

    tasya syila tu yg berlakon cite yg blakon kat australia yg ko nyampah sgt tu.aku mmg tak minat perempuan ni.mmg sori lah :)

    ReplyDelete
  3. Cite yg ada budak main biola tu erk?..yang jadi adik dia tu ke?.. Ehmm,...ketara sangat ke menyampahnya aku terhadap cerita itewww? haha

    ReplyDelete
  4. err..sapa main biola?aku taktau la babe.huhu..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...