Visitor

3.4.12

takkan asek nak kantoi je

setelah mengalami kehidupan yang agak err..kantoi di sebelah pagi dan tengahari semalam,jadi aku menjadikan pulak petang dan malamnya sebagai kehidupan yang sangat indah dan mendamaikan.eh.kalau malam lagi tu sebagai kehidupan yang penuh dengan kasih sayang ye kawan-kawan.ehem.ehem.ini blog umum ye.jangan nak menggatal sangat.

berbalik pada kisah petang.encek ejang suruh tumpang opismate balik rumah sebab dia masih on the way dari temerloh - jerantut.nak buek camno.nompang aje la.

balik tu,lepas bukak pintu rumah terus aku pergi amik hasya.kebetulan dia baru sudah mandi.maka,stok susu tengahari yang aku pamkan tu terus aku suapkan ke mulut comel beliau.maka.beradu la dia bersama botol susu tu di atas katil.eh.jangan nak main tuduh kata aku ibu yang lalai ye.fyi,nipple yang digunakan pada botol tu adalah jenis Y dari brand Pigeon.aku memang pakai nipples camni since newborn rifdi lagi sebab nak elak aliran susu yang disedut keluar terlampau banyak.lagipun kalau baby tertidur,susu tu akan stop keluar dan jangan risau,your baby takkan tersedak time tidur.insya Allah.pastikan kedudukan baby betul time kita tinggalkan camtu.dan jangan la kau biar je baby kau tu tidur sampai tak jenguk-jenguk.eh.memang melampau la tu.

eh.lain pulak ceritanya.okay.sebab hasya dah syok menyusu tu.aku pun dengan pantas keluarkan ikan dan ayam dari fridge.masak lauk yang paling mudah okay!
menu adalah ikan masak asam pedas dan ayam goreng deep fry.mudah gile.dah la daun kesum depan pagar rumah aku tu kemain gemok-gemok daunnya.kemain banyak aku petik nak letak dalam asam pedas.

dan aku rasa tak sampai setengah jam la aku dah siap masak.siap je,terus aku tanak nasik,jenguk hasya yang dah ZZZzzz tu..dan mandi.siap solat terus lepak-lepak sampai la encek ejang balik bawak rifdi dan haifa.nasib baik aku masak siap awal.laki balik kata lapar gile ni weh.nak makan.hah,memang senang la kan kerjanya.siap makan terus masing-masing bernyawa macam nak pergi perang.powpowpow.err..tak paham kenapa ada sound effect gitu.

malam tu pulak hasya tak meragam sangat.lagi indah la malam tu.cuma haifa pulak demam dan batuk-batuk.sampai tidur dekat luar dengan abah dia sebab asek muntah aje.kesian dah aku tengok.tu yang pagi tadi lewat (lagi!) pergi kerja.pergi klinik sebab aku risau panas badan dia langsung tak turun dan bunyi kahak dalam dada sangat kuat.

eh.lepas ni aku tak sure la dapat nak bersembang kencang lagi tak dalam blog sebab big boss panggil entah berapa kali ni berhubung nak tukarkan aku ke department lain.entah berapa kali aku keluar masuk bilik dia hari ni.kesnya ada technician lain nak mintak tukar dept atau dalam erti kata lain nakkan rotation.sekali aku pulak yang terpilih memandangkan aku dah takde projek dan kata boss,aku masih fresh.heh.takdek maknanya sebab technician tu sebenarnya tersalah target.dia nak orang lain duduk kat tempat dia tapi ...itu lah.terkena kat aku.tapi takpe,aku tak kisah kalau itu arahan.

cuma aku masih terpikir..
pasni bleh kencang lagi ke?huhu...




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...