Visitor

26.4.12

rifdi #41

lama tak cerita pasal rifdi.
anak teruna aku tu dah besar panjang.kalau nak amik gambar dia,dia dah pandai tutup muka.konon-konon taknak publish depan orang ramai.konon saham kena jaga.


see.betapa pemalunya saya.

kalau bercakap ya Rabbi memang tak nak berenti.dulu aku risau sangat dia tak pandai-pandai bercakap.sekarang ni sampai suruh dia tidur sebab penat melayan dia bertanya itu ini.paling tak tahan dia semakin kelakar.

selain daripada tu,rifdi sangat hebat melakonkan semua watak yang dia nampak dan tengok di sekeliling dia.okay,realitinya semua toddler sebaya dia pun macam tu jugak.tapi yang aku tak tahan tu memang dia akan ajukkan semua yang dia nampak dengan versi dia sendiri.cakap banyak tak guna.jom kita tengok.


drill dinding.
fine.itu sebab rifdi ada masa abah aku renovate dapur dan rumah.


mesin rumput.

tu belum lagi aku record time dia main traktor kat atas kusyen.
kalau aku tanya, abang buat apa tu?
dengan muka sardin dia jawab abang bawak traktor mesin rumput ni.

haihh.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...