9.4.12

pisang goreng panasss

semenjak jadi ibu tiga anak ni,semangat memasak semakin menebal.terbaru aku dah amik resepi cupcake kukus.tapi entah bila nak terjadi dan terhasil i sendiri pun taktau.garu kepala kejap.ishh..ishh..ishh.

tapi itu angan-angan.yang terjadinya setiap petang balik kerja sekarang ni memang i suka memasak.maknanya breakfast dan lunch sahaja di kedai.weekend baru ni pun petang mesti nak memasak bagi anak-anak dan bapaknya makan.tak kira lah jemput bilis ke,lempeng ke,pancake ke.

sebab sabtu bebaru ni member datang bawakkan pisang,maka petang ahad yakni semalam terjadilah makanan petang yang awesome iaitu pisang goreng.pisang ni,walaupun dah masak dia tetap sedap digoreng sebab lebih manis.pulak tu kebetulan pisang semalam aku goreng timing baekk punya di mana time hujan,anak-anak pulak baru bangun tidur.peh.memang lenyap ditelan perut la.bukan nak kata pisang aku goreng tu sedap tapi aku rasa timing tu yang tepat kot.errr..padahal tetap rasa nak puji diri sendiri kata pisang aku goreng tu sedap.


sebelum ni aku pernah goreng pisang pakai tepung goreng segera.makan pisang pertama mungkin aku kata sedap tapi masuk pisang ketiga aku dah mula rasa muak.maka,petang tu aku bancuh je pakai tepung biasa.resepinya macam ni je.simple.

Pisang Goreng

Bahan
Sesikat pisang
Secawan tepung gandum
1/2 cawan air (agak-agak la)
Sebijik telur
Secubit garam

Caranya
#1. Bancuh tepung dan air.pecahkan telur dan masukkan garam dalam bancuhan tersebut.pukul sampai lebam rasa sebati.

#2.Belah pisang tu kepada 2 bahagian dan rendam je dalam bancuhan tadi.


#3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sampai warna dia cun jadi keemasan macam gambar kat atas skali tu.wahh ada contoh gitu.

#4. Hidang.

Part hidang ni yang best.time hidang tu memang membukit tingginya pisang tu.sekali..tinggal 3 ketul je untuk aku.muahaha.rezeki la tu.kalau ikutkan aku dah bedal berapa banyak masa menggoreng tadi.

budak yang ni la bedal paling banyak.juara selepas abahnya.



aku agak ini adalah pose paling awesome bagi dia.
pose-wajib-ada



sesi suap-menyuap sesama adik beradik.

eh.sape nak try tadi sila la ambik resepi.jangan risau.aku tak mintak royalty punya.
hehehe.

٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST