26.4.12

haifa #19 : dd junior

lega hati bila mak datang semalam.dari isnin aritu aku terpaksa bawak haifa datang opis.rifdi pulak ikut encek ejang.haifa ni ikut aku ke ofis,memang stok budak melekat kat belah kiri aku ni.dah jadi macam kembar siam.orang lain pujuk dengan candy pun tak jalan.candy dia ambik,tapi orang dia taknak.pantang aku bangun dari kerusi opis konpem dia pun "nak entung!" (baca : nak dukung!).

akhirnya,masa aku jemput mak aku kat stesen bas semalam,haifa nampak je mak aku terus "nak entung!".itu la orang pertama selain abah dia yang dia nak dukung.kau bayangkan aku naik tangga opis yang setinggi 3 tingkat tu dengan dukung budak 10kg?

nasib jugak aku ni adalah kategori perempuan tough.kalau jenis keding?harus patah pinggang aku memikul dia sepanjang perjalanan ke opis.bukan tak bagi dia turun naik tangga sendiri,tapi haruslah aku kejar punch card yang taktau reti tunggu aku punch waima seminit lambat.

selama haifa duduk opis dengan aku,kejenya adalah angkat telefon yang ada kat meja aku ni.lepas tu,kalau aku on pc,sibuklah jari jemari gebu dia kat keyboard ni.nak tumpang type skali.sebab tu aku tak boleh nak type panjang-panjang kat blog.letih aku nak backspace-delete-backspace-delete.

kalau bukak fb lagi la.pantang keluar muka pesen aku.semua "ibu".takpun "cikna" (kakak aku).agaknya itu je perempuan cantik yang dia kenal.susah betul.eh,itu semua bukan kerja opis.kenapa nak mengeluh sangat.haha.okay dah petang semalam terus tenang aku pergi kerja dengan encek ejang.no more kembar melekat.sudahnya sampai cramp tangan aku mendukung dia.

nasib la pagi tadi tak pulak dia nak ikut aku pergi kerja.kalau tak,haru!


HALLOO!! KAU NAK APE HAH???
*abaikan kerusi empuk beliau*


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. kesian nye akak kene dukung haifa.
    hee, comel ye dia. gebu, temban:)

    ReplyDelete
  2. gebus.tu pun dah susut sebab dia dah taknak minum susu byk mcm dulu.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST