Visitor

2.4.12

first day yang kantoi

yeahh.setelah 72 hari meninggalkan opis.hari ni hari pertama saya masuk kerja!
tak sabar nak kerja tahu!

first day keje pun dah kantoi datang lambat.boleh tak hasya tidur jam 5.40 pagi tadi?tu pun ending dia aku letak dalam buai.susahnya my lil princess tu nak tido!

hasya memang camtu.time tidur adalah around 1-4 pagi.tapi pagi tadi memang challenging la sebab pukul 3.30am dia dah tidur.aku sedar-sedar nak dekat 5 pagi tadi dia berbunyi 'mencari' sesuatu kat dada aku.biasa kalau dia dah tido lambat,dia akan tidur sampai pagi.adoi.berjaga pulak aku menyusukan dia.tak kisah la tu.sekali susu tak cukup.hasya marah.aku alihkan ke belah kiri.lagi dia marah.nangis-nangis sampai bangun abah dia.

"dia dah susu ke?".tanya encek ejang dalam mamai.
"dah.tapi sebelah je."

encek ejang ambik hasya dari pangkuan aku dan terus letak dalam buai.sekali henjut,hasya dah tidur.yeahh!aku pun lelap sekali padahal tinggal setengah jam je lagi nak bangun tidur dan siap-siap pergi kerja.tapi....

masa alarm henpon aku berbunyi lagu Side - Travis,bleh aku stop dan...err.aku tidur.

lepas tu,aku sedar encek ejang tepuk aku dan kata..
"sayang.7.15 dah..".

bingkas aku bangun beb!rasa macam terjun bangunan.bergoyang kejap buai hasya tidur tu langgar dek aku tapi budak tu tengah nyenyak.takde makna pun nak terkejut.cepat-cepat mandi.subuh gajah pun subuh gajah aje la.

siap berpakaian dan bermake up sampai rasa muka dah setanding Maya Karin,terus aku start enjin kereta (balik semula keje macam biasa),angkat barang dalam kereta,kejut rifdi dan haifa suruh masuk dalam kereta,terus angkat hasya yang masih lembik tidur tu bawak ke rumah jiran sebelah.ye.aku hantar hasya ke rumah sebelah je memandangkan pengasuh nak fokus pada haifa yang masih kecik dan cranky tu.

hantar sambil tinggalkan pesanan sikit-sikit,terus aku blah hantar rifdi dan haifa pulak.
pungpangpungpang..aku sampai opis jam 8.45pagi!..fuh.

masuk keje,ada temuramah plak oleh rakan sejawat.biasa la.lama tak jumpa.paling best sebab kata aku nampak kurus la.heh.jangan nak jeles sangat la.

masuk keje jam 8.45am,pukul 9.15am dah pergi makan.awesome lah!

pastu sekarang jam 11.20am aku dah rasa nak balik.
jangan silap paham.bukan nak tidur atau mengular atau memonteng dan sebagainya.
tapi sebab nak mengepam.penuh dah gayanya ni.huh!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...