Visitor

3.4.12

Burger King

ini adalah entry basi.cuma aku je yang gatal nak jugak update.nak bagi saudari zezett jeles membacanya.

lastweek aku balik kuantan.yelah,lepas pantang balik jerantut dah macam lupa terus kat mak abah yang menjaga selama 44 hari.jahat betul.encek ejang pulak amik cuti seminggu.peh.heaven la kan duduk lama-lama kat kuantan walaupun sebenarnya nak balik ke jerantut malam selasa tu.tapi disebabkan kesilapan teknikal di mana rifdi tidur sampai maghrib,maka encek ejang isytiharkan kita balik esok (rabu) aje lahh.

sebab taknak menghampakan aku dan haifa yang dah siap lawa-lawa nak balik,encek ejang pun ajak la keluar.tapi tak bawak hasya la.mak mertua aku suruh tinggal je.tak payah la bawak keluar malam.aku pun set aje lah.encek ejang bawak aku dan anak-anak ke Burger King,Teluk Cempedak.

pssttt..sebenarnya dari aku pregnantkan hasya lagi tau aku nak ke situ tapi tak tercapai dek kaki.kena naik tangga!

okay.sebab dah lama terliur,dengan bapak bangganya aku order makan dengan girangnya.tak payah banyak sangat.nanti tak habis.itu yang aku cakap kat encek ejang sebab dulu masa aku makan kat Genting,aku siap bleh sambung makan sebijik burger tu pagi esoknya pulak.

order itu ini..dan PLINGGG!!..

err..besar ni je?aku rasa dulu punya bagak besar burger sampai makan pun bleh postpone ke pagi esok menghabiskannya.rasa nak tanya je budak kat kaunter tu tapi rasa macam sial je.kampung sangat dikatanya nanti.maka aku bawaklah order set tu ke meja luar.sambil-sambil makan tu aku dengan encek ejang puas berjelir-jelir lidah sesama sendiri sebab ngutuk sesama sendiri.sambil memandang-mandang ke McDonald's kat seblah tu aku pun kata; "ini lah kali pertama dan terakhir kita berada di sini.kat situ lebih baik!".

dan encek ejang pun geleng kepala tak puas hati.bukan tak puas hati kat aku.tapi tak puas hati sebab makan burger kecik!

tapi dalam bengang tu tetap camwhore.hoyeahh!


ibu kemain kontrol.anak plak buat spoil.huh.


senget!


kecik-kecik pun gwa baham aje.kata encek ejang sambil
diperhatikan oleh haifa.


warghhhh!!gila kentang!


abang kontrol macho saje


pergerakan rifdi yang terlampau pantas


adik fa tetap buat muka notty beliau.

-
-

dan inilah burger yang menjadi mangsa keadaan.


kecikkan?
besar burger pasar malam aje.
Alhamdulillah.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. Eh, i tak layan la burger saiz kecik-kecik ni..so, tak jeles sangat la.. Haha..

    Jom makan mekdi...burger dia lagi best, takpun beli yang jual kat stall Otai je...lagi puas ati dari mkn kat BK!

    ReplyDelete
  2. makan MEKDI jom.nak saiz besar pun ada.BIG MAC!

    yeyy!

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...