4.4.12

pengalaman kali ketiga

eh.aku tak cerita pengalaman bersalin kali ketiga ni kan?

kali ketiga ni lebih thrill.lebih awesome.
seminggu sebelum bersalin,doktor suggest aku untuk ambik insulin sebab result BSP aku tinggi.ceh.paling tinggi adalah 6.4.aku tak rasa itu tinggi sebab masa rifdi lagi sampai cecah 7.0++.

so,sebab masa tu baby dah 35 weeks in my womb,so doktor pun bagi tarikh awal 2 minggu dari EDD sebenar.maka,19hb Januari 2012 tu doktor suruh aku bersalin dan 18hb tu plak memang kena masuk wad.yakni minggu depan.berpeluh ketiak aku time tu sebab banyak barang tak standby.lepas tu nak apply cuti bersalin lagi.nak settlekan macam-macam hal lagi.anda boleh rujuk di sini.ewah.

aku cerita pakai tarikh ajela.senang korang nak paham.

Selasa 17-01-2012
aku masih kena jumpa doktor kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak kat sini untuk amik surat.petang tu terus gerak balik ke kuantan.sampai pun dah malam sangat.tak hilang lagi penat pegang haifa yang kemain cergas duduk dalam kereta.

Rabu 18-01-2012
11.00am.baru aku gerak ke hospital.sepatutnya 8.00am,tapi sebab pengalaman dua kali ke sana aku kena tunggu lama gila,maka kali ni aku gerak lambat.haifa dengan rifdi kena tinggal sebab rasa teruk sangat encek ejang kena handle budak time-time aku dan bersalin ni.amboi bercakap.macam terus kena bersalin je.padahal nak check 'jalan' dulu je.macam biasa,aku pergi daftar di Wad Bersalin Risiko Rendah dulu.macam biasa la kan.aku datang ke situ memang stok orang nak pergi bershopping la.melawa tak bertempat.orang lain berkain batik bagai.aku dengan dress hijau tu la.paling penting imej okay!

aku pun tunggu la turn nak check jalan sambil berdoa-doa.puhh..puhh..moga-moga dipermudahkan macam masa haifa dulu.ada jalan terus bersalin.tak payah tunggu lama-lama!

lama duduk dalam tu.sampai lunch time pun orang bertambah-tambah nak bersalin.sebab terlampau lama sampai aku rasa perut aku lebih sakit lapar dari nak beranak,aku mintak izin nurse nak pergi makan dulu kat kantin situ.aku pun belasah la nasi ayam kawkaw dengan air mineral je.sebab ramai gile orang makan.tak lalu rasa nak beratur mintak air.

2.00pm.baru la turn aku.doc check ehem ehem.terus dia kata "3cm.wait at ward okay!".

terus aku naik wad sambil buat muka paling sedih.doa aku nak bersalin terus macam haifa dulu tak dimakbulkan kali ni.salah cara la tu.so,kali ni kena lepak kat dalam wad dulu la.tapi serious la aku cakap,masa tu orang ramai gile nak bersalin sampai tak cukup katil kat wad 3 tu.tapi sebab aku ada GL,surat dari opis makan senang la keje aku.dapat katil kat second class dan lepak macam budak-budak masuk asrama.janji cukup makan,pakai..aku okay je.lepak dan berborak tak sudah-sudah.

Khamis 19-01-2012
9.00am.nurse jerit-jerit suruh ramai-ramai pergi Bilik Rawatan untuk check jalan lagi.dahla main panggil nama sorang-sorang.time tu jangan citer la masing-masing.dahla aku seram sejuk tengok masing-masing keluar dari bilik tu kata doc masukkan ubat untuk bukak jalan.time ada sorang akak ni masuk,aku dengar doktor kata kat dia sebab u dah ramai anak,u pakai tali ni.u tarik je slow-slow.jangan tarik kuat sangat ok.

peh.seriau aku tau.seriau.grr..tolong la cepat sket turn aku!

HASNIDAR!

laju je aku.dah hampir berlari dah masuk dalam bilik tu.senyap je doktor ni.takut plak aku.
5cm.packing baju baby dengan pampers.tunggu nurse panggil ke labour room.

u what?dah 5cm?apehal aku rasa macam takde pape berlaku pun?
cepat-cepat aku mandi.bersiap laju-laju pastu dok sengih-sengih kat kaki katil.geng-geng kat situ semua pelik tengok kata sampai diorang kata ya Rabbi budak ini.orang lain dah terbukak 1cm pun meraung-raung tepi katil.dah aku nak buat camne.dah memang tak sakit.

11.00am.nurse panggil nama aku suruh pergi labour room.diorang tanya kot-kot aku nakkan wheel chair ke.aku kata tak payah la.tak sakit,lagipun dekat je.better berjalan aje pun.senang sket nak beranak.hahak.aku buat lawak bodo sensorang kat situ.nak sedapkan ati.masa tu aku call encek ejang.bagitau dah tiba masa nak jejak ke labour room dah ni.pastu masuk jangan lupa amik handphone aku.

masa tu,aku masuk labour room pun macam orang pergi melawat berkenalan dengan katil.siap salah masuk bilik.keluar pergi labour room sebelah sana pulak.kemain macam kanak-kanak melawat zoo.dapat katil pun kemain gumbira sampai lupa cabut baju.heh.dan bila dah baring atas katil tu,terus masing-masing mainkan peranan.doktor perempuan yang comel macam muka aku tu pun memulakan tugas.cucuk tangan kanan untuk masukkan insulin.

12.30pm.doc check lagi jalan tapi still 5cm.contraction pun takde la kerap sangat.masih kategori biasa bagi aku.masa tu encek ejang sampai.tersengih-sengih memikir nak tunggu aku kat dalam ni ke tak payah.aku try jugak pujuk.kali ni je.tapi dia macam takut-takut.nurse dalam tu ada jugak try pujuk encek ejang tapi last-last dia kata kalau takut tak payah la.susahkan kami pulak nanti.ending of the story,encek ejang keluar jugak.dia tak pasti samada dia berani atau tak nak tengok semua ni.

1.30pm.aku dengar bunyi azan Zohor.doc check jalan lagi tapi still berkeadaan sama.terus doc cucuk tangan kiri aku plak untuk masukkan ubat untuk permudahkan urusan.

2.30pm.rasa sakit tu dah datang.tapi kejap-kejap je.nurse dengan doc pun dah takde.tukar syif ke ape.sunyi dah ni.sayup-sayup je dengar orang sebelah nangis jerit-jerit bersalin.seram.banyakkan berdoa.banyakkan beristighfar.aku tidur.

3.00pm.hello nurse.saya dah sakit ni.mana nurse?mana nurse?..
nurse datang sambil suruh aku mengucap banyak-banyak.suruh baca ayat-ayat dan doa-doa yang baik.aku dah baca.dari mula masuk labour room tadi aku dah baca.tapi aku rasa tak larat sangat dah ni.sakitnya Ya Tuhan.aku rasa nak pergi kat encek ejang melutut menangis mintak halal apa yang patut.sakit.

3.30pm.aku dah start mengarut.panggil nurse.panggil doc.dah tak keruan.doc datang kata still 8cm lagi.kena tunggu 10cm baru boleh teran.aku dah rasa nak nangis.panggil nurse suruh temankan aku kat sebelah.edisi pujuk memujuk antara nurse,aku dan doc pun berlangsung sampai aku tertidur balik.

4.00pm.aku tersedar lagi.sakit lagi.tapi nurse tetap kata belum masa lagi.adoii.sorang lagi nurse datang check contraction.dia kata baby dah kuat sangat geraknya.dia pun macam confuse dengan keadaan aku.doc dah ke lain sebab masa tu patient ramai yang nak deliver.so,khidmat doc amatlah diperlukan.mulut aku dah tak henti-henti kata nak teran.nak teran.sampai ada sorang sister ni check semula jalan sambil mengomel-ngomel ntah ape menda.tetiba dia kata jalan dah bukak la.nurse jom sambut!


aku pun macam dah hamun tunggu terus teran.dengan penuh semangat kesukanan aku hamburkan segala tenaga.Allahu Akhbar! kepala dah keluar puan.lagi puan!
aku tarik nafas dalam dalam.lagiiii...lagiiii...vrooooossttt..

4.30pm.meluncur laju anak aku dari dalam rahim keluar.terus terdengar suara baby menjerit menangis.Ya Allah!letih gila time tu aku rasa.dalam mamai tu ada sorang nurse angkat baby dan letak depan aku.puan,sebut ini baby apa?..masa tu aku tergamam.baby girl!
aku gomol-gomol baby masa tu.rasa macam sambut anak pertama.rasa ya Allah.syukurnya dengan anugerahMu.lepas tu,nurse separatedkan baby dengan aku untuk rehatkan aku.dan kali ni,sejarah masa bersalinkan rifdi pun berulang.uri lekat dan ambik masa nak keluarkan.ambik masa yang lama jugak untuk keluarkan.dan sebab kali ni baby yang keluar cuma 3.3kg,maka tiada sebarang kerja jahit-menjahit dibuat sebab takde sebarang koyakan maksimum.peh.lega satu perkara.

lama duduk dalam labour room.sampai dua kali aku dapat minum air milo.kepenatan beb!

8.30pm.baru dapat bangun naik wheel chair untuk ke wad biasa.masa keluar sambil pangku baby tu,tertanya-tanya aku mana la laki aku ni.dahla nurse kata ala tembamnya.ikut sapa ni?.masa tu la encek ejang bangun dari baring atas kerusi sambil tenyeh-tenyeh mata.haaa..fotostat betul muka abah dia! sambung nurse tu bila nampak muka encek ejang.rupanya encek ejang langsung taktau aku dah bersalin.langsung takde nurse yang panggil dia macam sebelum-sebelum ni.itu bila dia nampak tag pink kat tangan baby dia tercengang.baby girl ke?aku gelak je sebab kalau ikutkan ramalan orang-orang tua,ramai yang kata selang bunga atau dalam bahasa lainnya dapat anak lelaki!

malam tu aku rileks tidur memandangkan baby pun tak menangis lagi nak menyusu.

Jumaat 20-01-2012
masih dalam wad sebab baby kena tahan selama 48 jam dari waktu bersalin.kesnya sebab ibu ada diabetis dan kena insulin.peh.kena tunggu esok baru dapat balik.sabar dd.after jumaat encek ejang call suruh jenguk keluar.rupanya rifdi nak lambai.apa lagi,mengalir la air mata ibu dia ni.

Sabtu 21-01-2012
doc pakar kanak-kanak bagi balik awal.thanx doc!lebiu lah.jam 5.20pm,encek ejang dah datang ambik aku dan baby.tapi sebelum keluar tu doc dah pesan,breastfeed anak banyak-banyak.kalau rasa tak cukup,tambah susu formula untuk elak baby jaundice.baiklah.orang dah happy sangat nak balik memang cenggitu.happy sangat.

-
-
-

last-last baby kena jaundice jugak.sampai kena masuk wad semula,nasib baik satu malam je.harus la stress sebab tak dapat nak berpantang dengan betul.cuma ulangalik ke Klinik Kesihatan jela.hampir dua minggu la aku usung baby sampai la hari ke-14,jaundice baby betul-betul turun.tu pun sebab aku dapat petua dari seorang sahabat suruh baby minum air anggur hitam.tak banyak.cukup la 1 sudu besar.Alhamdulillah.memang menjadi.kalau aku tau,awal-awal lagi aku dah bagi baby minum.

dan alhamdulillah jugak,baby hasya dapat breastfeed dengan baik selama 2 bulan.rekod cemerlang untuk diri sendiri.tepuk tangan untuk diri sendiri ye.clap.clap.

dan ini adalah gambar pertama beliau.


cerita lain :
: Pengalaman masa bersalin Norhaifa Rafissa.


 ٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST