19.1.11

citer budak tadika

pagi tadi pada pukul 7.30 am.
time aku bermekap mekap nak gi keje.


sambil bukak pintu bagi angin pagi masuk,terdengar budak kecik umah jiran sebelah berborak.umur masing masing dalam 5-6 taun jugak la.diorang tengah tunggu van pegi taska.diorang tu kawan je kot.


aku taktau citer asal.tapi topik tu yang best.


budak 1 : betul la.mak saya yang suruh
budak 2 : okay
budak 1 : nanti dah besar terus bleh masuk 'u'
budak 2 : 'u' tu ape?
budak 1 : 'u' tu pun taktau?
budak 2 : mana saya tau.
budak 1 : 'u' tu tempat belajar bila dah besar.dia macam sekolah tapi orang besar belajar kat situ laa
budak 2 : 'u' tu dekat mana?
budak 1 : entah.saya pun taktau.mak saya yang suruh belajar rajin rajin.biar masuk 'u'
budak 2 : habis tu mak awak sekarang belajar kat 'u' ke?
budak 1 : eh tak ah.mak saya kan cikgu.
budak 2 : nape mak awak suruh awak belajar kat 'u' tapi mak awak jadi cikgu?
budak 1 : entah..


aku tak tau ape sudah cerita tu sebab pastu van taska dia datang.aku plak yang tengah tepek bedak ni dah tak tahan gelak sorang.


bagus ceritanya.berpandangan jauh.cuma aku tak paham apa motif aku teringat citer diorang pepagi ni..



dulu dulu sebelum baligh aku nak sangat belajar kat u ni.
universiti al-azhar.
dush!

2 comments:

  1. hehe, comel kan kids kalau cakap sesama diorang!

    ReplyDelete
  2. yes.sangat sweet.sebab tu siap curik curik dengar.muahaha..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST