7.7.11

kembalikan keceriangan di hatiku

*entry semalam tapi tak publish semalam..*


petang semalam kepala otak sangat serabut.dengan encek ejang pegi kuantan tak balik lagi,dengan budak rifdi yang carik pasal saje dengan haifa dan aku,dengan prepare nak masak lagi,pastu rasa serabut dengan problem masa kini..pfftttt..


rifdi masuk dalam cot haifa time haifa tengah tidur..
haifa nangis sampai berhingus hingus.frust tidurnya kena kacau..
pastu rifdi tabur bedak sampai 1 bilik bau bedak cuticura..
darah naik sampai atas siling,aku amik hanger bagi 3 das kat kaki.
tambah lagi pap!pap! penampar yang encek ejang kata pedih ni kat lengan.
pastu aku tarik rifdi,kurung dalam bilik second.


menggigil tangan aku call encek ejang kata balik la cepatttt..
rifdi menjadi jadi sangat nakalnya ni..


mak mana yang bleh tahan dengar anak menangis nangis panggil "ma! ma!..maaaa!!".
aku pun dengan takungan airmata ni bukak pintu,rifdi peluk aku.kesian pulak.menda sangat la yang dia tahu masa umur 2 tahun 7 bulan ni.pfftttt.. kesal. T.T


masa baring dengan budak budak ni,temankan diorang hisap susu sambil layan dvd ultraman,encek ejang pun sampai rumah.aku cuma sempat bukakkan pintu je,jenguk dia skejap pastu masuk bilik sebab haifa masih atas katil aku.kang jatuh bedebuk tak ke aku yang kena marah?


encek ejang angkut barang yang dia beli,pastu terus tukar baju dan main ngan anak anak.


"ala,abah dahaga la rifdi.bagi abah air sejuk".
bapak baiknya rifdi turun katil nak pegi amikkan air.pastu panggil aku plak,mintak tolong ngan aku.so,bila sampai kat peti,tengok..
eh?eh?..ada kek!..hahaha.


saje je kan nak buat surprise gitu.nakal abang ni! so,terusla bukak kek,belah kek dan celebrate.memang sempoi lah..dan orang paling excited dah tentu la rifdi the menace.


06-07-11?..haha
celebrate 05-07-11
pastu cepat cepat letak lilin sebelum budak rifdi tepuk tampar kek tu dengan mesra.


tengok kadar keterujaan rifdi.pehh.

5 batang lilin bersamaan dengan 5 org ahli keluarga.
eh.eh.mana datang lagi sorang? hehe.

gambar dia ajela yang ada sebab ibu dan abah berpakaian sexy ikut tema.
haha.lawak biadap.


sedang layan rifdi makan,tetibe encek ejang bangun masuk bilik sambil bawak keluar kotak.


alaaaaa!!!..dapat henponnnn idamannnnn.auww.terharu tau!


kotak ni laa.huahuahua.

the gift
ingat tak aku pernah noted pasal aku nak sangat pakai henpon ni.dan aku carik sampai ke kl tapi bleh plak kata stok ni dah tak ada.


pastu susah payah encek ejang carik kat kuantan dan kebetulan tinggal warna yang sangat-sangat-sangat aku nakkan ni je?wow.thanx sangat abang sebab belikan jugak henpon ni.


hehe.hehe.hehe.


yang berusaha,yang paling hensem,yang tersayang,yang terhebat..
maknanya,ketensenan aku tadi dah terbayar.tanpa baki!..


muahaha.sayang abang & anak anak sampai akhir hayat,dunia akhirat.muahh!!


heyyy ::
first time celebrate beday kat rumah di jerantut okay.selama ni selalunya celebrate kat tempat lain.tak caya?sila survey kat sini :


#birthday 2008 & 2009
#birthday 2010




dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST