Visitor

13.7.11

Quiche Sayur Sayuran

sesuai untuk anak anak makan ni tau :)


Masa Penyediaan
45 Minit
Saiz Hidangan
3 Orang
Mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada anak adalah satu cara berkesan untuk mengelakkan mereka rasa bosan untuk makan. Kepada anda yang habis idea untuk menyediakan hidangan berzat untuk anak, cubalah resipi yang kaya dengan khasiat ini.
BAHAN-BAHAN :


Kulit pai :
60 gm marjerin
1 biji telur
170 gm tepung serba guna

Inti :
3 biji telur
100 ml-150 ml susu segar
Garam secukup rasa
100 gm sayur campur
50 gm keju parut

CARA MEMASAK
1. Mula-mula anda perlulah menyediakan kulit pai. Untuk membuat kulit pai anda perlu
mengaulkan tepung serba guna, marjerin dan telur bersama-sama.

2. Setelah mencampurkan kesemua bahan tadi, uli sehingga sebati. Kemudian, ambil
adunan dan tekankannya ke dalam tin pai dan ketepikan.

3. Setelah siap kulit pai, anda perlu pula menyediakan intinya. Untuk inti, prosesnya
dimulakan dengan memukul telur bersama sedikit garam sehingga kembang. Kemudian, ketepikan.

4. Langkah seterusnya ialah ambil kulit pai yang telah siap dimasukkan ke dalam tin pai
dan taburkan sayur campur dan keju parut ke dalamnya.

5. Kemudian, secara perlahan-lahan tuangkan bancuhan susu dan telur yang telah disediakan tadi ke atasnya.

6. Langkah berikutnya ialah panaskan ketuhar pada suhu 180ºC.

7. Setelah ketuhar panas, masukkan pai dan bakar selama 30 minit atau sehingga pai
bertukar menjadi berwarna kuning keemasan.

8. Apabila pai sudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.


sumber : {Majalah Pa&Ma)

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...