13.7.11

switch off your handphone please!

nak belajar pasal adab tak?


haha.aku pun bukan la bagus sangat bab adab adab ni.tapi macam ni la,aku straight to the point aje lah.aku sebenarnya cukup tensi dengan sikap manusia yang suka sangat on henpon time :

  • mesyuarat
  • perhimpunan
  • ceramah / tazkirah / taklimat
  • tempat tempat yang tak sesuai cth : masjid, surau, hospital etc
ye beb.aku cukup marah kalau time kita tengah syok dan kusyuk dengar semua yang tersenarai di atas,tetibe ada plak bunyi bunyi henpon.kalau setakat bunyi ringtone yang biasa biasa aku bleh lagi terima (kot) tapi kalau bunyi ringtone lagu yang takdek cut langsung takpun bunyi bunyian yang macam macam 'macammmm' tu..pastu bleh plak owner henpon tu :
  • bleh buat bodo je bila henpon sendiri berbunyi.dahla bunyi henpon tu macam cilanat.bunyi monyet bersahut-sahutan dalam utan (versi sahut menyahut taknak habis),bunyi lagu tekno macam tarian cina diskang.konon malu nak angkat letewww.
  • angkat henpon pastu jawab kuat kuat.eh,tukang bagi ceramah tu pun bleh dapat tangkap ko tengah bincang pasal apa.hey,ingat orang sekeliling ni nak dengar sangat conversation kau tuh?
  • jawab henpon pastu macam tak boleh nak stop.bercakap makin lama makin kuat dan makin mengada ngada nak nak kalau melibatkan hal saham,jual beli serta meniaga."apa?..tak cukup lagi 8 juta?".pffttt..
  • bleh berbalas balas mesej plak tanpa silentkan henpon tu.dahla message alert bunyi kambing mengembek,pontianak mengilai.aduh.annoying tahu!
kadang kadang kan,bila menda ni terjadi aku rasa macam nak bangun dari kerusi dan sound orang tu;

"kau sorang jeke ada henpon?ke kau ni baru beli henponnn??" 

berserta membuat lagak gaya umpama seekor raksaksa nak makan atromen dengan berseleranya.yes,macam tu la perumpamaan yang boleh korang bayangkan macam mana punya marahnya aku pada mereka yang langsung tak pandai respek orang sekeliling atau sebarang majlis.

apa,susah sangat ke nak off henpon?kalau betul pun sedang busy,pastu taknak off henpon,kita ada pilihan sendiri beb.pilih je sama ada korang nak :
  • silentkan henpon.
  • jawab call kat luar dari tempat mesyuarat/taklimat/ceramah/tazkirah/etc
  • jawab dengan perlahan (bagi yang nak bagitau call jap lagi, nanti aku call semula, or etc)
kita boleh atasi hal ni.bukan tak bleh.
aku pun bukan nak marah sangat sebab kadang kadang kita pun terlupa nak silentkan henpon ni kalau tetibe je kena panggil masuk meeting ape semua.tapi beringatlah.paling common pun amalkan.amal untuk sentiasa alert dengan henpon sendiri.

tujuan aku buat entry ni pun bukan nak kata aku ni beradab sangat,tapi at least aku nak share la pada orang kat luar sana yang suka sangat on-kan volume henpon time mesyuarat serta majlis berkaitan.


jangan lupa beli lada kecik 50 bijik ye bang!!!!


tolong la.respek la sesama manusia.kadang kadang kita kena fikir jugak,

kalau kita tak pandai respek orang, macam mana orang nak respek kita?

renung renungkan dan selamat beramal!

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST