29.7.11

jumaat datang lagi

hari jumaat datang lagi.yey!


wow.bukan senang tau aku nak update blog hari jumaat sebab hari jumaat ni office hour sangat terhad.pukul 8.00 pagi dah siap siap beratur di stor.pastu akan ada tazkirah atau program di stor.hoi.jangan la kalau orang sebut stor korang asek ingat stor kecik tempat letak barang tu je.


stor kat sini bermaksud Bahagian Worksyop & Stor JKR Jerantut.kawasan luas dan tempat yang biasa kitorang berkumpul tu adalah dewan JKR.sebab tempatnya di Stor JKR,kitorang pun panggil la tempat tu as STOR.ada paham?..wah.kau marah ke dd?tetibe je bagi penerangan macam cikgu disiplin pepagi ni.errr..


okay.lepas berbaris,dah tentu nak makan.dari pukul 8 - 9.30 pagi..takkan nak biar perut berbunyi macam ada konsert kat funfair.so,at least pukul 10 la baru sampai office.sampai office bukannya keje sebagai pegawai facebook atau pegawai blog.maka,kena la berkejaran masa buat kerja dan pulun siapkan task sebelum nak cuti weekend.pukul 11.30 dah siap siap kena turun tangga berkejaran sebab kejap lagi pasti jammed.orang amik budak sekolah la,orang balik keje la.area office aku ni semua jabatan ada.so,bayangkan orang keluar dari jkr,pejabat daerah,pejabat tanah,jps,jba,hospital,jabatan pertanian..haaaa.ko imagine.imagine betapa sesaknya jalan?..pehh.tetibe mengeluh.jadi setiap jumaat kena rushing tau!


rehat keje kerajaan dari jam 12.00 - 2.45 petang.lama tak?hah.nampak macam lama tapi aku tetap rushing.mana bleh tido tido sangat.nak tido kena behave.nanti terbabas,pukul 4 plak bangun.opss.macam dah biasa buat je.*hahaha*gelak evil.


biasa kalau aku masuk keje petang aku sampai dalam 3.15 petang.hehe.


pastu nak sampai jam 5 petang memang azab la menyiapkan keje.jumaat kau.bukan senang nak dapatkan fail fail ni sebab petang jumaat ni ada jugak staff yang tak rajin keje.tu la yang jadi masalahnya.


peh.peh.yang tetibe aku membebel pagi jumaat ni kenapa?


ahahah.kan aku dah kata.bukan senang nak update blog hari jumaat ni.jadi,di pagi ni sebab aku tengah tunggu orang hardware yang dah janji kata nak jumpa aku dari semalam lagi,maka aku amik la kesempatan untuk membebel.hahaha.bestkan dengar aku membebel?hahaha.


*entry takdek motif.


eh.shawl batik tengah in semula tau!
dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

2 comments:

  1. dd.. sibuknya ko hari jumaat.. aku sibuk juga tau.. update blog ngan status FB.. tgh hari masa luch pun kul 12.00 - 2.45 gak.. tapi slalunya aku masuk jam 3.00 hehehe.. dah tue ptg jarangnya nak keja dah.. relax2.. borak2.. ngan gosip2 jer..

    ReplyDelete
  2. haha.wartie,ada masa pun sama je nganaktiviti ko hari jumaat.hahahaa..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST