Visitor

25.7.11

pengakuan berani

eh.baru aku perasan aku tak buat pengakuan berani lagi kat blog kan?kat FB aku dah post status ni sampai bertekak tekak dengan sahabat lama.punya la hebat penangan status aku 2 minggu lepas.lepas tu sampai 163 komen.hah.mana ada dalam rekod aku terima 163 komen termasuk komen dari aku sendiri?..mana ada.tapi sebab status pengakuan berani aku tu,aku berjaya pecah rekod.


oh.sebelum tu,aku nak bagi salam sebagai tanda aku nak menyampaikan berita gembira pada semua orang.pada yang dah tahu tu,maafkan saya ye.bukan nak menunjuk,tapi kan aku dah cakap,aku tak bagitau lagi kat blog.


kalau tak nampak klik bagi besar ye kawan kawan ^^


okay.paham tak?
sapa yang tak paham,aku nak bagitau ni.i'm pregnant again,okay?


hari ni kalau diikutkan perkiraan doktor baby dah berusia 11 minggu 2 hari.so far,alhamdulillah semuanya okay.yang tak okaynya aku selalu gelap mata & nak tumbang.oh ye,sebenarnya tu la simptom yang sebabkan aku pegi klinik untuk check up.aku ingatkan kot tekanan darah rendah,tapi rupanya dapat rezeki lagi.alhamdulillah :)


memang tak sangka beb.sebab haifa pun baru 8 bulan.dulu masa aku nak pregnantkan haifa,aku memang dah plan nak tambah bila rifdi umur setahun.tapi kali ni memang accident la.tak plan langsung.lagipun aku dengan encek ejang dah planned nak stop dulu,tunggu budak budak dah besar sikit,dua dua dah tak pakai diapers..baru nak tambah.


tapi sekali sudah sangkut.memula macam takbleh terima gak sebab aku siap nangis lagi dalam kereta lepas dapat tau aku pregnant lagi.seharian jugak la aku memeditasikan diri sendiri (wahh) supaya terima ketentuan ni dengan redha.


ye.sepatutnya aku terima denga redha kan?..teruknya aku ni.orang lain susah payah nak dapatkan baby,aku plak bleh menangis takut nak terima.


ishh.ishh.ishh.


dan sekarang aku dah terima seadanya.pada pendapat aku,biarlah masa ni aku beranak.nanti dah berusia aku kena stop.kan aku ni diabetic time pregnant.takut berisiko je nanti.


opps,lupa.haifa pun dah 8 bulan.tapi dah mula merangkak,dah mula memanjat,dah boleh berborak macam orang tua pun ye.kejenya kalau bangun tido,terus berdiri kat baby cot pastu panggil "ma! ma! ma!".dan membebel.dan melambai.dan menepuk tangan.dan menari nari bila dengar kita menyanyi.




kalau rifdi plak dah pandai macam macam.kalau aku ambik dia kat rumah makcik,dia pun cepat je kutip baju kotor,letak dalam plastik dan simpan dalam beg.pastu carik botol susu dia dan adik,letak dalam beg.pastu angkut beg sendiri.hehe.aku pun dah mula ajar dia tak pakai diapers.nak tunggu dia cakap aku rasa memang kencing dulu la kot.so,aku kena la pantau.kejap kejap tanya,nak kencing?takpun aku tanggalkan seluar pastu bawak dalam toilet,suruh kencing.


tapi semalam kat rumah mak dia bleh kantoi kencing dalam seluar sebab dia main dengan sepupu dia.bila aku tanya seluar basah,kencing kat mana?dia tunjuk luar rumah.dia kencing kat tepi jalan.hahaha.




memang usia diorang nanti rapat.harapnya akan close la each other.
eh,ini nanti yang ke 3 hero ke heroin agak agak?


hahaha.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

2 comments:

  1. alhamdulillah tahniah yep..terimalah rezeki Allah dgn tgn terbuka yep..sis ni lom ade rezeki lg..mudah2an yek..amin...

    ReplyDelete
  2. thanx kak ain.huhu..saya paham tu.xpe,takde rezeki lagi.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...