12.7.11

haifa #11 : tips bila bayi baru tumbuh gigi

dua tiga hari ni haifa kuat sangat merengek time tidur malam.kadang kadang sampai 4-5 kali aku kena bangun jenguk dia dalam cot,amik dia dukung pastu tengok dia tidur semula,aku letak balik dalam cot dia.


biasa dia cuma bangun sekali je jam 5.45 pagi (lebih kurang).itu pun sebab nak susu.bila dah kenyang,dia tidur balik.tapi kali ni memang aku rasa terganggu sikit la tidur aku dan dia.aku plak sejak sahih pregnant lagi ni dah mula rasa penat sikit.ala,biasa la..tengah awal awal ni memang camtu kan.nanti dah masuk 4-5 bulan okay la balik hormon ni.


pelik jugak.kenapa dengan budak ni?sebelum tu memang badan dia panas,tapi cepat cepat aku bagi dia makan paracetamol.alhamdulillah,dia dah okay pastu tapi masalahnya kuat merengek pulak.puas jugak aku belek belek haifa.pastu tetibe aku perasan,aah la..ni mesti nak tumbuh gigi atas sebab semalam baru aku perasan gigi atas haifa dah mula nak tumbuh.aku agak tu la sebab dia merengek rengek je time tidur.masa tumbuh gigi bawah aritu pun camni la,tapi taklah sampai setiap malam merengek.


berbeza dengan rifdi,gigi dia tumbuh tanpa sebarang masalah.yang masalahnya cuma dia jadi kuat menggigit.huhi.ala,anak jantan memang macam tu.takdek masalah.


ini gigi baby tau.
bukan gigi korang.

so,sebab aku pun baru tau kenapa haifa asek merengek je,maka aku pun dengan hati yang suci murni try la google,apa yang aku perlu buat bila anaknya tumbuh gigi.yela,asek bagi teether aje.nak jugak carik inisiatif lain.eh,haifa ada 3 teether tau dak?


olo comeynya teether.kalau gini aku pun nak gigit gigit jugak..ngeee
dan akhirnya,aku jumpa ini.


sumber : {majalah Pa&Ma}



Gigi pertama si kecil
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa  gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.
Kebanyakan bayi  mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.


Reaksi 
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi

1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri  jika ia tercekik.

2.Jika  gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar  dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.
Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku
Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.
Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.







heyyy ::
semoga gigi haifa cantik macam gigi abang dia.
sebab gigi abang dia cantik macam gigi ibu dia.eh?
hehe (+_+)"



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

5 comments:

  1. ko peknen no 3 ke ape??
    *harapakutaksalahbacala*

    kalu ye..congratzzzzzz

    ReplyDelete
  2. yela hudhud..i pregnant lagi.huhu..
    dah 2 bulan lebih,i pun baru tau..

    ReplyDelete
  3. wah sangat pantas ni...congratz...mmg tak merancang yek??

    ReplyDelete
  4. rancang le kak ain.tp tetibe accident..maka terimalah seadanya..huhuhu

    ReplyDelete
  5. hohoh takpela rezeki kan..lps ni leh bersara awal la yek... :-)

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST