- semalam memang separuh hari aku duduk kat klinik dan hospital.sila ucap "ohsem" pada diri sendiri.*clap*.
rabu lepas.memang aku ada say something kat fb.
dan semalam siap-siap nak pergi keje,lepas tu tetibe ajak encek ejang pergi klinik syai (klinik swasta) depan rumah.risau jugak kan sebab dah lama tak tengok keadaan baby camne.klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) dah lama tak scan.last scan aritu pun doktor scan sorang dia je.sikit pun tak explained apa apa pasal baby.*doktor baru*.sigh.
so,masa kat klinik syai tu doktor scan la.tapi doktor tu terkejut sebab kepala baby kat belah atas.maknanya baby songsang.cuma kedudukan dia agak senget ke kiri,maybe tengah selesa kat situ.tapi doktor baca dalam masa 3 minggu ni insya Allah,baby akan berpusing.sebab masa 7 bulan aritu baby normal je berpusing ke bawah.hopefully camtu la nanti.
tapi yang jadikan kesnya sebab air ketuban plak terlampau banyak.doktor takut kalau-kalau baby lemas je.so,doktor pun buat surat suruh refer doktor KKIA plak.dia mintak doktor KKIA berhubung dengan doktor pakar.peh.time ni aku memang cuak la kan.memang terus la aku ke KKIA sebab nak jumpa doktor punya pasal.
siap hantar budak-budak ke rumah makcik (pengasuh),kitorang pergi makan dulu dan terus pergi KKIA.sampai situ bleh ek nurse kata doktor takde,cuti seminggu sebab alahan mengandung.abis tu?takde doktor ganti ke?nurse kata memang takde doktor ganti.abis tu kalau emergency camni nak refer siapa?
oh.terus ke bahagian kecemasan la.
aku pun menurut perintah,pergi ke wad kecemasan.sampai sana,"dik..dah turun darah ke?".eh.aku jawab la takpun.cuma nak jumpa doktor sebab nak refer kes.(sambil tunjuk surat dari doktor syai).ok.sini hal kecemasan je.adik pergi terus ke wad 1 ye.(wad bersalin).
aku makin cuak.encek ejang pun dah semacam je.sampai kat wad 1,semua nurse kat situ pun pelik.eh.datang nak bersalin ke?aku tunjuk surat sebab malas nak cakap banyak.tapi aku cakap la nak jumpa doktor nak refer kes.
"eh.sini wad bersalin je.kalau nak jumpa doktor kna pergi bahagian pesakit luar.ada rasa sakit ke?turun darah?contraction?"
"err.sakit tu memang la tapi saya bukan sakit nak bersalin ni.saya nak refer kes je.nak jumpa doktor."
pergi daftar kat pesakit luar ye.nanti doktor akan buat check up.
fuhh.encek ejang dah membebel macam-macam masa tu.faham ajela.kalau jadi peneman ni memang lagi bosan sebab asek kena follow je.lain la orang kalau yang ada hal.
bila pergi ke kaunter pendaftaran,tengok dapat nombor 2014.nombor sekarang 2008.okay.lega rasa takpayah tunggu lama.tapi eh?itu hanya la imaginasi.yang sebenarnya nak sampai ke nombor 2014 tu masya Allah..rasa macam nak tunggu beranak pun ada.punya la lama.aku tengok bilik 1 je yang bergerak.bilik 2,3 & 4 semuanya senyap sunyi.agaknya tengah tido.takpun yoga dalam tu kot.heh.
dahla nak dekat pukul 1.oo tengahari tak jugak kena nombor 2014.pehh.taun 2014 baru lepas masuk agaknya.tengah mencarut-carut (dalam hati),skali nombor pun kuar.bale.macam kena nombor ekor je.masuk dalam tu doktor pun tanya kenapa sampai ke bahagian pesakit luar ni?apesal tak ke KKIA je?
doktor sana cuti.seminggu pulak tu.takkan nak postpone kes?-ewah.gaya bukak cerita macam aku tengah hangin je.tak.aku cakap bersopan lagi.
lepas tu terus doktor suruh masuk bilik scan.lama jugak dia scan.tak lama tu,"nurse.call mrs.tiong.suruh masuk sebab urgent".alaaa.takutnya.nervousnya.cuaknya.
sampai 2 orang doktor scan perut ni.senyap je.aku dah rasa macam-macam.rasa nak terberanak pun wujud jugak time tu.ya Allah.Ampunkan segala dosa-dosaku..
siap semua,terus masuk bilik 1 semula.encek ejang masih kat dalam tu.setia menanti.risau barangkali.*start buat ayat novel dahhh*
pastu doktor tu pun kata.baby okay cuma kepala dia dekat belah kiri je.next time dia pusing juga sebab by this time,memang baby suka main pusing-pusing.cuma bab air ketuban tu,dia kata doktor tak boleh buat ape melainkan dia akan follow up everyweek.so,start dari nextweek aku kena ke KKIA la jumpa doktor.takpela.janji baby aku dapat kasih sayang dari doktor.hehe.
apa pun,aku pun dalam proses meng-google mencari penawar dan petua yang baik untuk baby.di samping tu,insya Allah..aku takkan berhenti berdoa semoga baby ni akan selamat lahir normal macam abang ngan kakak dia.insya Allah.selagi Tuhan izinkan.Amin.Ù©(-̮̮̃-̃)Û¶Ù©(̾●̮̮̃̾•̃̾)Û¶Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶
dushhh!!kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
16.12.11
baby in my womb
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POPULAR POST
-
semalam, masa tengah kusyuk membaham sebijik epal ijau kat opis tetibe akak senior sorang ni sound aku.dia kata : "jangan makan epal...
-
tak pasal-pasal dapat nama ni. asalnya pagi ahad lepas aku nak buat cupcake coklat kukus.yeahh.aku dapat resepi ni dari fatin liyana ko...
-
ehem.segan nak cerita. sebenarnya,aku dah jadi pengguna radiglow sebelum raya hari tu.ngam ngam 7 hari sebelum raya aku consumed.kakak a...
-
malam td,ejang (hubby i le) suh carik kat mana letaknya mesin potong rambut dia.dia dh missplace,pastu suh aku carik.unfair betoi..sbb mal...
semoga semuanya selamat sahabatku dd.hasnidar jaafar omar.... :)
ReplyDeletesemoga semuanya Ok yep..adoii penat bace apsal template cam lari je ni??
ReplyDeleteMaz doakn semoga kedudukan baby akn ok, bykkn rehat.. Tulah, air ketuban ni.. Kita x tau camner nk ctrl, dulu maz sikit la plak.. Skit pun bahaya.. Ish ishh klau kita tau camner nk maintain mmg dh lama buat. Oh ya! paling best bila tgk due date dd 02.02.12 bestnyaaa... :)
ReplyDeleterock;
ReplyDeletewau.nama penuh tu.ok,tq bud.
kak ain;
ReplyDeleteaah le.saya pun takpaham kenapa entry kali ni jadi mengong.emosi kot.haha
maz;
ReplyDeletebab nak banyakkan rehat tu memang susah.tapi kalau hubby kata,pegi la rest dulu,memang tak cakap banyak la.memang terus rest la.hahah.
air ketuban sikit pn takbleh jugak.my officemate kena paksa bsalin masa baby 7 bulan..