19.12.11

weekend #4: istirehat dan isteri rehat

since kitorang dapat tau pasal condition baby,encek ejang memang sangat caring pasal aku.
kalau nampak aku sangat penat,cepat-cepat dia suruh baring dan rest.anak-anak yang sedang terpekik terlolong tu biar dia handle.ada time kang dua-dua dah kena dukung.maka timbul la muscle kat lengannya.oihh..terserlah la kemachoan beliau.ahaks.bodek ke?takla.series ikhlas.

oh.weekend duduk rumah memang rasa macam 24 hours nak tidur je.tapi takkan la nak biarkan anak-anak dengan suami macam tu je.haih.jahat betul.nak memasak pun encek ejang kata "tak payah la".masak yang ringan-ringan je macam goreng kentang,nugget,telur buat sandwich..tapi kesian pulak.so,sabtu tu ajaklah dia pergi pasar malam.dia plak macam risau je dengar aku nak keluar bawak anak-anak.alah.skejap je pun.bukannya nak borong barang kat situ.

so,bila sampai je pasar malam,terus je kitorang pergi bahagian makanan.sebab seharian tak makan nasi,terus tapau nasi kerabu.oh,heaven.nasi sedap tapi sikit.silap betul tak beli 4 bungkus.hahah.pastu tambah-tambah dengan apam balik dan ayam goreng.ingatkan nak jugak beli yong tau foo tapi bila tengok orang berbaris tunggu turn merebus,terus kitorang blah.tak mampu la nak tunggu lama-lama sambil bawak budak yang hyper nampak itu nak.nampak ini pun nak.

siap tapau makanan,kitorang terus ke bahagian basah.baru la beli ayam,beli ikan,sotong dan segala stok lauk untuk esoknya.

bila tiba hari ahad tu plak,pagi-pagi dah pening kepala.ingatkan nak jugak goreng mee ke.tapi series tak mampu.maybe sebab pagi tu terlampau kerap bangun kot.yela,kejap-kejap rifdi nangis nak susu.lepas tu tengah tidur,tiba-tiba tersedar kaki pulak cramp.bila tidur balik haifa pulak 3-4 kali bangun.pampers penuh,seluar basah,nak susu,nak main.haihh.yang tu la paling tak larat.pepagi buta ajak main?.memang kena paksa tidur la.lepas mandikan haifa & rifdi pagi tu,encek ejang suruh rest.padahal jam baru pukul 11 pagi.so,sebab patuh arahan suami (ewah.padahal memang tunggu je dia cakap camtu),terus aku baring.tapi sedar-sedar tengok dah jam 12!..alamak.tak masak lagi.elok plak tengok semua dah tidur smula.haha.apelagi,cepat-cepat bangun dan mandi.oih!lambatnya mandi?hahah..lepas mandi terus memasak.tapi masa tu rasa macam fresh.lega rasa dapat tidur dan rest.

memasak pun tak berat mana.setakat buat sambal sotong dan goreng ikan selar kuning je.itu pun encek ejang bangun jugak dari tidur kata nak tolong.takpe la.tolong bangun dan makan nasi je.hehe.

tapi petang tu,encek ejang la yang memasak.dia buat ayam goreng dan aku pun stakat goreng sayur dan buat sambal ikan feveret suami je.yang lain semua dia handle.eh.ayam goreng dia masak best la.lain dari yang aku buat.dan akhirnya tersedar rupanya kaedah memasak pun kena betul ye.selama ni aku goreng ayam memang bangsa kedekut minyak.patut la tak segaring dan sesedap kedai.haha.

anak-anak pun macam best je hadap ayam goreng seketul sorang sambil layan kartun.haha.kemain lagi budak-budak ni.macam nak suruh abah dia selalu turun dapur la tu!

takde apa yang menarik pun weekend bebaru ni.tu aje la kot.yang best cuma sebab encek ejang banyak bagi masa dan ruang rehat aje la kot.tu pun masa baring-baring tu dengar jugak la budak-budak ni nangis kena sebabap dua.hahah.sabar ye encek suami.

gambar ni pun adalah dari jasa rifdi.layan aje la.









ada lagi tapi gambar tersebut ada unsur-unsur yang boleh buat anda heart attack.tak payah publish la.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST