5.4.12

HPA

aku ni memang ada masalah kulit!

ingat tak dulu aku penah bukak cerita pasal masalah kulit ni?eleh.lupa la tu.takpun memang taktau sebab bukan follower blog ni.ewah.macam ramai je follower.tak cecah 100 pun.eh.kemain jauh menyimpang aku ni.aku penah tulis ENTRY NI pasal masalah kulit yang memang dah wujud dari kecik.

masa aku pregnantkan hasya baru ni,kulit aku jadi teruk sangat.kalau pada jari-jemari dan tangan ni,bleh jadi kesan gatal yang melampau-lampau.sumpah aku rasa segan gila kalau nak bersalam dengan orang,apatah lagi nak show off tangan aku kat public.pehh.malunya.tapi aku positif jugak la kan.maybe ini alahan masa pregnant.jangan nak malu sangat la.

lepas bersalin,terutamanya time pantang,segala gatal tu automatik hilang.terus rasa tangan aku sangat gebu.rasa nak pergi tayang-tayang lambai ala-ala princess kat semua orang.confident la yang wujudnya gatal tu adalah akibat alahan mengandung.

sekali aku dah habis pantang dan dah balik semula ke jerantut,slow-slow gatal dia naik balik.lagi teruk aku rasa sebab setiap jari jadi gatal.siap pecah-pecah macam kering or something.sedih siot.tak masuk keje lagi dah keluar semula.aku bajet aku allergic sabun basuh pinggan pulak.tapi kalau gatal membawak ke leher,bila pulak aku basuh pinggan pakai leher ye dak?

maka,kembali la gatal-gatal kat tangan aku ni.sadis.

T-T

peh.panjang giler aku bercerita pasal ni.sebenarnya aku nak bukak story pasal produk yang aku guna baru ni.baru sangat aku cuba iaitu produk HPA (Al Wahida Marketing).aku ke stokis dia untuk cari VCO sebab member aku (maslia) suggest aku makan tu untuk kulit.dia kata dia dengan anak dia makan VCO ni alhamdulillah takde masalah kulit dah.itu yang berapi je aku pergi ke stokis cawangan Jerantut.rupanya stok pulak dah takde.aku pun dalam kepala pulak kebetulan nak carik ikhtiar untuk resdung,maka agen kat situ pun suggest kat aku untuk makan 2 jenis produk mereka iaitu :


Coscinium Plus + Roselle

Secara ringkasnya, Coscinium Plus ni sesuai untuk orang yang mengalami resdung dan masalah kulit/alahan.tapi Coscinium ni kena makan dengan Roselle untuk kesan yang lebih baik.tak kisah la.aku cuba dan ikhtiar.tengok lepas makan ni camne.

err..ubat yang tertiarap sebelah Coscinium Plus + Roselle tu bukan dari produk yang sama ye.yang tu makjun bawang putih keluaran Afiat.yang tu termasuk dalam set bersalin yang aku ambik dulu.kira dalam pantang makan jamu,makjun ni pulak kesinambungannya.bagus jugak untuk lelaki.kira untuk kekuatan dalam badan la.




aku tak sure la pulak aku dah sekuat mana sekarang.aku tak pernah lagi try kekuatan aku di tahap mana.mana tau,dah bleh cabut batang pokok depan pejabat aku ni hah.

ohye.sebab aku dah beli barang HPA tu,saje nak cerita.aku siap jadi ahli seumur hidup.nak menjual produk kat korang pun boleh.




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

1 comment:

  1. kalau gugel "Ibu Mengandung Gatal" mesti keluar enrty ni..haha

    Ubat gatal paling mujarab sebenarnya "GARU"... :P



    lawak tak kena tempat ke? hehe

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST