13.12.11

bukan Ombak Rindu

semenjak dua menjak ni aku suka layan movie.selain dari menonton wayang,aku juga kerap menonton dvd. *peh.ayat buku gini la yang buat sendiri kagum membacanya*

ok.untuk seminggu ni,aku ada layan 3 dvd pirate iaitu Cars 2, Colombiana dan the Sorcerer and The White Snake.heh.jangan ditanya la betapa hebatnya diri sendiri sebab dapat layan citer camni.tu belum lagi aku bukak citer pasal dvd Detective Conan The Series episode 1-13End yang aku dah tamat tengok.pehh.tepuk tangan pada diri sendiri lahhh.

eh.pasal Conan aku tulis pada next entry okay?..tunggu ajelah.

sebab Cars 2 cuma kartun,jadi aku malas nak review.eh.boleh ek ada pilih kasih macam tu?haha.
jadi aku nak review 2 filem je.eh.apesal tanya kenapa?.eh.suka hati aku la kan. -_-"
eh.ko ni apehal?
eh? - monolog dalaman perempuan hamil.jangan dilayan sangat.

Colombiana



kisah dia adalah pasal Cataleya (Zoe Saldana) yang daripada kecik nak jadi seorang killer.yeah.akhirnya dah besar dia berjaya jadi assasins yang berjaya.sape nak tau lebih lanjut baca la kat SINI.bagi aku cerita dia boleh tahan la,sebab aku sampai dua kali tengok.bukan senang tu nak ulangtayang semula cerita yang sama.

paling best sebab watak Cataleya masa kecik lakonan Amandla Stenberg memang best.sangat berani,berdikari dan kuat semangat.bayangkan lepas makbapak dia mati kena bunuh,dia sorang diri dari Colombia pergi ke US embassy,lepas tu carik pulak pak sedara dia.,pehh.memang tabah betul.dahla muka comel.haihh.

ohye.Zoe Saldana ni kalau sape taktau dia la yang berlakon watak Neytiri dalam filem Avatar tu.harap maklum.


the Sorcerer and The White Snake






filem Hong Kong ni sebenarnya based on the Chinese Legend of The White Snake.watak utama adalah Abott Fahai (Jet Li) dan biasa la,aku rasa kalau citer cina macam ni sama je.nak kata best tu tak la sangat tapi bleh la layan.lagipun filem dia cuma pasal memburu setan je.lepas tu macam biasa,mesti ada unsur cintan yang terhalang iaitu antara setan dan manusia.ewah.

kalau nak tau lebih lanjut ni kisah pasal ape,boleh la baca sinopsis dia.klik je pada tajuk cerita kat atas tu.gerenti sampai ke wikipedia.hikhik.

cuma yang aku tak bleh blah adalah watak Susu/White Snake (heroin) dengan adik dia Qingqing/Green Snake tu masa jadi ular.pehh.geli jugak la sebab dia buat macam ikan duyung cuma ekor terlebih panjang.hehe.dan paling best sebab ada watak Rabbit Devil lakonan Miriam Yeung kesukaanku.hehe.

filem ni banyak sangat unsur Buddha.so,budak takleh tengok.takut terpesong aqidah.tapi rifdi pulak dia berminat nak tengok watak-watak macam ular,kura-kura (dia ingat turtle),rabbit dan macam-macam jelmaan setan jadi binatang la.sekali ada keluar watak kelawar setan,terus rifdi jadi takut.asek kata "takut,takut" je.last-last aku pause dulu pastu temankan dia tidur.dah tidur,baru dapat sambung balik.heh.



tu je movie yang aku nak review hari ni.
kalau nak tau ape lagi movie yang aku akan review,nantikan kemunculan saya, puan dd pada waktu yang sama dalam rancangannnnn.."poppppp kuizz!!"
-hah.makin menjadi-jadi dah perempuan hamil ni.


#
tajuk entry memang saje bikin emosi.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

6 comments:

  1. Hehe...aku dah maklum Zoe Saldana tu sape..

    ReplyDelete
  2. hehehe.macam tau je ditujukan pada sape.hahaha!

    ReplyDelete
  3. kita dh lama tak tgk wyg hari tu nak sgt tgk ombakk indu tu yg pergi tgk tu

    ReplyDelete
  4. shida pun dh tgk citer colombiana....best kan...scene x leh lupa masa dia tikam tangan penjahat tu n lari n masa dia muntah atas meja

    fuhhh

    ReplyDelete
  5. nurul;

    bawak raina sekali ke?..hehe

    ReplyDelete
  6. shida;

    aah kan.dhla comel cataleya kecik tu.ingatkan takut,rupanya dh standby pisau nak tikam tangan org..huhu

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST