30.4.12

isu breastfeeding

kalau baca blog ibu-ibu lain pasal breastfeed,memang aku banyak la rasa jeles tu wujud dalam diri.
kalau setakat breastfeed,aku boleh la terima tapi bila tunjuk gambar-gambar botol botol berlambak dalam deep freezer tu dengan stok yang banyak,tu bukan setakat jeles.dah tahap murka pun ada membacanya.

bukan kata aku rasa annoyed ye.jangan salah paham.tapi tumpang rasa bangga diorang boleh buat stock yang begitu banyak tanpa sebarang masalah.

ikutkan sejarah penyusuan aku pada anak-anak,rifdi adalah anak yang paling tak dapat menyusu dengan baik.rifdi lahir pada jam 10.00 malam dengan keadaan dia dah dapat jaundice time tu juga.doktor dah separatedkan kitorang di mana lepas je kitorang dapat bersentuhan sesama sendiri,doktor letak rifdi bawah lampu di SCN.aku pulak dah lembik gila takde tenaga sebab hanya makan sekeping roti je waktu pagi,dengan problem uri lekat lagi,aku dapat masuk wad biasa pun nak dekat 2.00 pagi.

esoknya pun aku nak bangun pergi tukar pad apakemenda semua pun nurse yang tolong tolakkan naik wheelchair.kau bayangkan betapa lembiknya aku time tu.aku langsung tak dapat jenguk rifdi dek kerana badan langsung takde tenaga.aku tanya nurse macam mana rifdi menyusu.doktor cakap buat masa ni dia minum susu yang hospital bekalkan.petang aku cuba nak naik ke tingkat atas pun aku boleh collapse lagi.bila nurse dah bagi air gula baru diorang lepaskan aku naik.tu pun tunggu jugak encek ejang datang tolong tolakkan aku naik wheelchair.punya la aku nak breastfeed kan rifdi.tapi failed!sampai menangis aku dalam bilik menyusukan rifdi.nurse cuba tolong tapi memang lastnya aku menangis lagi.sampai nurse cakap takpela.tapi cuba perah pakai tangan pulak.janji keluar kolostrum sebab rifdi pulak jaundice.aku cuba dan alhamdulillah,memang keluar jugak walaupun sikit.

jangan cerita la pasal nurse yang datang melawat.semua ajar aku cara bf dengan baik.aku cuba tapi semuanya failed.memang tak berjaya.pedih telinga ni kadang-kadang bila dia kata aku tak pandai.aku mengaku,nipples aku agak tenggelam.sebab tu rifdi tak dapat nak catch.encek ejang belikan nipples palsu,konon nk membantu tapi tetap tak boleh.ayah mertua aku pun bising-bising kata anak patutnya menyusu susu ibu,bukan menyusu susu lembu.aku cuba juga.tiap-tiap masa aku cuba.tapi mak dengan abah aku banyak bagi nasihat.jangan putus asa.rezeki Allah bagi,kalau ada tu ada.abah paham sebab mak dulu pun macam tu.

rifdi start menyusu badan ngam-ngam masa umur dia 2 minggu.tu pun secara tak sengaja sebab aku baru sudah mandi,nak berbarut.dia menangis kuat sangat nak susu.sementara mak aku pergi buatkan susu,aku suakan juga nipples,tak sangka dia dapat catchup dan alhamdulillah...menangis aku time tu sebab finally dia menyusu juga.memang first time la aku dapat rasa macam mana rasanya anak menyusu.Subhanallah..

tapi tak lama.setakat 2 minggu jugak dia menyusu sebab aku memang kekurangan susu.jangan kata aku tak usaha.memang rezekinya macam tu.sejarah mak aku dulu pun macam tu.aku redha.maka teruslah rifdi dengan susu formula.sampai sekarang,alhamdulillah.walaupun tak lama dapat bf dengan aku,tapi dia tetap kamceng je dengan aku.lagi pulak dia jarang dapat sakit.alhamdulillah,bukan nak berlagak.tapi kalau dibandingkan dengan haifa,rifdi lagi jarang demam dan selsema.

haifa lahir petang.dan dia tak macam rifdi,aku terus dapat jumpa dan bawak dia bersama-sama ke katil aku di wad.lama aku tunggu dia menangis nakkan susu.satu malam dia tidur sampaikan aku naik risau.kejap-kejap aku angkat dia.cuit-cuit,suakan nipples kat mulut tapi no respon.pagi esoknya baru dia nangis.dan alhamdulillah,haifa dapat menyusu dengan baik.lega rasa.bila keluar dari wad,aku dah mula campurkan susu FM pada haifa sebab takut dia jaundice.sampai umur 3 bulan,lepas sebulan aku masuk keje,haifa terus menyusu FM.dah tak bf dah.tapi tu pun aku dah puas hati.

hasya.dia la yang dapat menyusu secara langsung sampai cukup 2 bulan.alhamdulillah,dia minum tanpa susu FM.seronok sebab aku tak payah bancuh susu kali ni.encek ejang dah siapkan stok susu Lactogen lagi.tapi tula,bila bancuhkan pada hasya,dia buangkan je.taknak pun.so susu tu bagi jela pada haifa.

aku cuba juga buat stock,pumpkan bila berlakunya kebengkakkan.kalau aku pump depan tv tu,15 minit alhamdulillah dapat 4 oz.itu baru sebelah.sebelah lagi dapat lagi 4 oz.maka,kalau sehari dapatlah 2 botol.aku takla pump sampai banyak kali sebab aku memang tak standby botol lebih or bekas-bekas untuk buat stock.ikut pengalaman 2 orang yang dulu,aku mana la pernah buat stock.stakat pump,simpan sebotol gitu jadi aku rasa tak perlulah aku pakai pump mahal-mahal macam orang lain,siap dengan set lagi.nak beli pun tak mampu.

macam tu la hari-hari.aku pump masa betul-betul hasya tidur atau hasya taknak menyusu.susu jangan cerita la,memang tiap masa baju aku basah lenjun.kalau orang yang betul-betul kumpul stok susu mesti marah sebab aku boleh bazir-bazirkan susu macam tu je.nak buat macam mana,aku memang tak sangka rezeki kali ni lebih murah dari dulu.

elok je hasya 2 bulan,aku gatal tangan bagi FM sebab aku pikir nak masuk keje.nak kumpul stok tu boleh tapi tak dapat la macam mereka yang cukup lengkap dengan alatan,dengan deep freezer.maknanya kalau ada tu ada la aku bawak bekal pada pengasuh.alhamdulillah,kali ni hasya dah pandai.dia terima je segala apa aku bagi.lepas tu,slow-slow dia taknak bf.asal aku hulur nipples,dia nangis.takpun dia bf jap,pastu tarik-tarik,pastu nangis.pelik tak.takkan la keliru puting sebab ni bukan kali pertama pakai puting.aku pakai puting jenis Y brand Pigeon.lembut dan tak besar godang.

sekarang hasya dah taknak bf.ada masa aku masih cuba bagi,taknak ceraikan lagi susu badan.biasanya cukup 5 minit hasya lepas.nangis.itupun dah alhamdulillah rasa.malam tadi aku buat lagi macam tu,tapi sampai sekarang terasa lagi breast kosong.tak bengkak pun.aku makan ikut apa yang aku postkan dulu dah : petua memperbanyakkan susu badan,pun tetap inilah hasilnya.kalau mereka yang gila-gila dengan kempen minum susu badan baca ni,konpem kata aku ni tak pandai berusaha or what.katalah.aku redha.kalau anda berada di tempat saya,baru anda paham.oih.tetiba emosi. --"

itupun aku dah rasa bersyukur sebab dapat juga rasa pengalaman menyusukan anak.sebab ada juga ahli family aku yang tak berapa sronok tengok anak yang terlalu menyusu badan.seolah-olah tak boleh berenggang dengan ibu sampai ibu tak dapat nak buat kerja lain.itu terpulang pada individu.ada orang mampu.

aku dulu pernah jugak terfikir nak bf baby ketiga sampai cukup umur setahun.nampaknya rezeki setakat ni je.Allah Maha Mengetahui.





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

5 comments:

  1. akak camne plak?dapat kumpul stok?

    ReplyDelete
  2. pam trs guna jek...susu kureng...siap topup dgn fm..

    ReplyDelete
  3. itu la.setiap org rezeki lain-lain.kadang2 org yg bf ni anggap semua orang rezeki sama.

    tak kisah la kak ain.janji anak kita dapat nutrisi yg cukup.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST