10.7.12

deria pendengaran

apa punya bertuah la dapat bini yang kurang deria pendengaran macam aku ni.haha.

kisahnya macam ni.

petang semalam,selepas ambik haifa dan rifdi dari rumah pengasuh.macam biasa,dalam perjalanan encek ejang tanya menu dinner.nak beli apa-apa ke?

aku ni dah turun pangkat duduk seat belakang dengan haifa pun sekadar bagitau la ikan cencaru ada lagi.ikan kembung berlada semalam pun boleh panaskan lagi.

sayup-sayup je aku dengar encek ejang bagi senarai menu.

"masak nasik..blablabla...ikan tu bakar..blabla...blablabla..telur goreng..blablabla...kicap...blablabla dan blablabla..".


aku pun ok kan ajela.


so,sampai rumah pukul 6.30 lebih-lebih terus aku ambik hasya dan terus laju je aku ke dapur.encek ejang pulak sibuk pam tayar motor dan start motor serta bawak rifdi dengan haifa berjalan.

aku masak dengan tenang.kebetulan time 'cuti rehat' ni,jadi tak payah la nak berkejar-kejar sangatkan.nak dekat pukul 8.00 semua siap.tinggal ikan cencaru je masih kat dapur.berbakar secara solo.

telur goreng dadar siap.
ikan berlada semalam tambah lagi seekor siap.
lada dan bawang kicap untuk sambal.


9.00 malam.
jom makan.

semua berkumpul di meja makan.ambik tempat masing-masing.sekali masa nak makan encek ejang pun tegur.
mana lada sambal belakang cencaru?

errr..ada dalam request tadi ke?

dan encek ejang pun bagi penerangan yang panjang lebar.

"tadi saya suruh masak cencaru belah belakang.telur suruh goreng mata letak la kicap macam yang awak suka tu.mana ada saya suruh masak telur dadar.saya pun tak suruh awak buat sambal kicap.nasib baiklah saya boleh terima.kalau tak,saya keluar je pergi makan kat luar"..


Ya Rabbi.
jauh perginya.heh.
ada yang kena korek telinga dengan telefon ni karang!





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST