Visitor

30.7.12

rifdi #42 : game-mania

*iklan*
pagi-pagi bukak fb dah macam harammm.log in pastu senyap tak jadi menda.refresh - log out - log in semula pun jadi menda yang sama.haihhhhh.
mencarut.carut.carut lagi.


puasa.


rifdi dah hampir jadi kanak-kanak umur 4 tahun.kalau aku dulu baya dia dah pandai ABC,dah pandai 1-50 barangkali dan suka main cikgu-cikgu di samping buat reban kucing.oh,jangan terkejut.itu memang hobi aku.ringkasnya namanya bertukang.

aku taktau mana silapnya.mungkin aku tak segarang kakak aku dulu yang dulu ajar aku siap tunjuk pakai kaki lagi.sedang rifdi aku dah sedaya upaya mengenalpasti huruf,ejaan dan menulis dengan baik.masa aku dah cecah 6 tahun,aku masuk tadika dan taski untuk belajar agama.aku fasih membaca masa umur 6 tahun tak kira membaca buku bahasa melayu,bahasa inggeris,paper atau muqaddam juga.tak lupa juga membaca papan iklan,no flat kereta,papan tanda dan sebarang bacaan yang wujud depan mata.

aku tahu,aku ada kegagalan dalam mendidik rifdi.tapi aku sedar tahap fizikal dan mental masing-masing.tak semua kanak-kanak sama.lagipun tak semestinya cerdik awal macam aku dulu selamanya jadi seorang yang cerdik.takpun.

menurut kajian ke atas diri sendiri,aku akui tahap 'kecerdikan lebih' aku tu sampai tahap darjah 2 je.pastu berjalan normal macam kanak-kanak biasa.err..kira kajian tu bleh diterima pakai tak?

bukan nak menangkan anak ye.tapi aku rasa tak semestinya budak-budak ni cerdik awal dia akan berjaya dalam hidup.takpun.soal sekarang,janji dia mampu mengubah hidupnya satu hari nanti.

ewah.pandai-pandai je aku buat kesimpulan sendiri ye.

rifdi dari dulu lagi suka main game.kalau dari sudut saintifik,mereka yang suka main game ni bijak matematik.hah,kalau betul memang logik la.sebab ibu dan abah rifdi memang kuat main game.*hint.hint*

tapi beza dengan dulu,sekarang rifdi dah pandai main sendiri.tak payah duduk dekat dia pastu kita yang main dah.memang semua dia yang buat.kita cuma kena bukak dan pasang plug je.on laptop,carik file games dan select,semua dia dah pandai.hebat bukan.aku dulu sedang dia pandai pegang tukul je.jauh sungguh tahap bijak pandai IT anak-anak sekarang.

taktik dia senang je.siap mandi "ibuu..abang nak main game zombie".
heh.ingat senang nak suruh rifdi mandi?






itu anak aku.anak orang lain sekarang ni dah main tab,main iPad dah..



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. Aku pandai membaca masa darjah 1. pegi tadika, tapi tak paham apa..haha

    Rilex la...didik anak ikut kemampuan dia, bukan kemampuan ibubapa.... heh!

    *lain macam bunyi nasihat aku nih kan....? hehe

    ReplyDelete
  2. eh.yeke.tapi kenapa tahap kegeniusan ko lebih dari aku.wawawawa..

    ye.aku pun dah semakin sedar.kadang2 apa yg ibubapa ada tak semestinya menurun kat anak.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...