3.7.12

Haifa #20 : cakap

11 hari bulan ni haifa beransur 1 tahun 8 bulan.

perkembangan semua yang baik-baik belaka.sifat dan fizikal nauzubillah,lebih 'cergas' dari abang.
paling takbleh blah,mulut memang 24/7 berbunyi.macam ada mulut spare kat belakang kepala.kalau tak bising bercakap dia menjerit.takpun menangis.tidur pun berbunyi.yes.mengikut perangai sape entah.*geleng-geleng kepala*

tapi kalau bercakap sila dengar dengan hati-hati.dia bercakap loghat Jerantut.yeahh..kalau abang panggil 'lori sampah' dengan penuh berlagu.dia pulak panggil 'lori sampoh!'.takde lagu langsung.

lain-lain yang berloghat tu adalah :

# rambuit (baca : rambut)
# selimuit (selimut)
# tangen (tangan)
# aboh (abah)

kalau vespa abah aku berbunyi terus jerit 'vespa abohhh!'.
yes.itulah haifa ketika ini.dahla banyak sangat nama samaran.kalau atok (pengasuh) tu panggil dia 'kenot'.
member panggil dia 'amoi'.

dan dia panggil aku 'embu'.kau bayangkan kalau orang lain dengar akan cakap apa?
sabar ajela.




peh.mainan para genius.


senyuman sepesen #1


senyuman sepesen #2


senyuman sepesen #3


eh.tak senyum rupanya.



senyuman sepesen #4
pose paling sopan anak aku.


dan paling ajaib, sejak dua menjak ni haifa dah ada senyuman baru.


dah pandai senyum comey gitu.
sambil urut-urut tepi tempat lekuk bibir tu.
haishh.




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

  1. Rindu haifa, lama tak ketemu...hehe

    ReplyDelete
  2. rindu auntie juge.lama tak bersembang kencang.

    ReplyDelete
  3. hahaha...cute giler..
    sonotnya tgk ada anak cute2 nih...

    ReplyDelete
  4. hahah.bebudak sedang haifa ni memang cute.tengah syok layan.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST