6.7.12

sweet thirteen opsss..thirty

apa perasaan kau andaikata melalui situasi begini.

-----------------------------------------------------------
Situasi 1

malam ni adalah birthday kau.suami plak boleh buat bo layan.dah la suami baru balik dari kursus,lepas tu keluar pulak sebab ada hal kecemasan.kau pulak dah la dalam kepeningan sebab demam selsema serta batuk,bertahan la jugak menunggu sampai sudahnya kau kecundang jua nak tidur.

bila suami balik pun dia pun dia buat tak endah je.sampai satu masa dia kejutkan kau sekadar nak 'mengacau'.lepas tu tidur tanpa apa-apa ucapan.
------------------------------------------------------------

#kalau aku la kan,aku menangis.kalau aku la kan. *dengan gaya macho*



itu kisah malamnya.lepas tu,apa perasaan kau kalau lalui pulak situasi ni.

-------------------------------------------------------------
Situasi 2

pagi-pagi hari kau gagahkan diri jugak nak pergi kerja sebab ada aktiviti gotong royong dan senamrobik.tapi kau dalam keadaan tak berapa nak sihat.dengan hingusnya.dengan batuknya.tapi kau bertahan.sedang nak bersiap tetiba kau terperasan depan cermin terletak paper bag yang tak pernah dilihat.siap ada kad lagi.tertulis nama kau sendiri dengan tarikh lahir.kau baca dan tertulis "Selamat Hari Lahir" dan kau jenguk dalam paper bag tu ada bekas berbentuk hati bertulis 'Wah Chan'.dalam tu ada sepasang subang emas 916.

dan akhir kad tu ada tulis nama penuh suami kau yang bo layankan kau malam tadi.
-------------------------------------------------------------

#kalau aku la kan,aku menangis pulak sambil lari peluk dan cium pipi suami.sambil nangis-nangis cakap 'ingatkan dah lupa beday sayang' walaupun depan anak-anak.kalau aku la kannn..





anda paham situasi ini?
ye.itulah situasi saya dari malam tadi sampai pagi ni.


senyum.saya dah genap 30 hari ni.



*kisah di atas adalah kisah benar*


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST